KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 15, 2008

Lepas wang Rebat ... wang Zakat


GEMBIRA... Orang ramai menunjukkan wang rebat yang diterima selepas beratur panjang di Pejabat Pos Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam. Pembayaran rebat itu yang bermula semalam di semua pejabat pos seluruh negara dibuat oleh kerajaan berikutan kenaikan harga bahan api baru-baru ini - Utusmeloya 15 jun
Korang tengok lah betapa gembiranya rakyat Malaysia yang menerima wang rebat sebanyak maksima RM625 setahun. Tak sedar diorang keluar lagi banyak wang dari apa yang mereka dapat.

Selang sebulan dari tempoh menerima wang tersebut, wak nasihatkan agar mereka mereka yang gembira, akan mula berfikir tentang syarat syarat terima zakat, seperti berikut -
  1. Orang fakir: orang yang amat sengsara hidupnya, tidak mempunyai harta dan tenaga untuk memenuhi penghidupannya.
  2. Orang miskin: orang yang tidak cukup penghidupannya dan dalam keadaan kekurangan.
  3. Pengurus zakat : orang yang diberi tugas untuk mengumpulkan & membagikan zakat.
  4. Muallaf : orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah.
  5. Memerdekakan budak : mencakup juga untuk melepaskan muslim yang ditawan oleh orang-orang kafir.
  6. Orang berhutang: orang yang berhutang karena untuk kepentingan yang bukan ma'siat dan tidak sanggup membayarnya. Adapun orang yang berhutang untuk memelihara persatuan umat Islam di bayar hutangnya itu dengan zakat, walaupun ia mampu membayarnya.
  7. Pada jalan Allah (sabilillah): yaitu untuk keperluan pertahanan Islam dan kaum muslimin. Di antara mufasirin ada yang berpendapat bahwa fisabilillah itu mencakup juga kepentingan-kepentingan umum seperti mendirikan sekolah, rumah sakit, madrasah, masjid, pesantren, ekonomi umat, dll.
  8. Orang yang sedang dalam perjalanan yang bukan ma'siat mengalami kesengsaraan dalam perjalanannya. Atau juga orang yg menuntut ilmu di tempat yang jauh yang kehabisan bekal.
Jangan asyik bersorak ... tapi barang tergadai.

2 comments:

Unknown said...

Muallaf : orang kafir yang ada harapan masuk Islam dan orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah.

Bro,

Secara dasarnya, saya kurang bersetuju dengan pengertian yang diberikan bagi golongan Muallaf seperti di atas. Bukankah panggilan kafir itu untuk orang yang bukan Islam yang terang-terang mereka memusuhi Islam?

Dan juga, cara bro ayatkan "orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah."...adalah tidak tepat. Kerana apa, daripada pengamatan saya, ada Muallaf yang mana iman mereka tatkala mereka masuk Islam (atau pada masa bersyahadah) adalah lebih kukuh daripada sebilangan orang Islam yang lahirnya Islam. Lahir di dalam Islam tidak menjamin kukuhnya Islam/iman seseorang Muslim itu. Orang seperti Yusuf Islam, Yusuf Estes dan ramai lagi yang menemui cahaya Islam dengan susah payahnya, bukan seperti kita yang lahir dalam Islam, memiliki iman lagi kukuh daripada kita yang lahir Islam kerana mereka melihat daripada perspektif yang lebih umum daripada kita yang hanya lihat daripada kaca mata Islam kita sahaja.

Oleh itu saya syorkan diayatkan secara betul agar tidak memberikan gambaran yang tidak elok bagi pembaca yang cetek ilmu agama dan pengetahuan berkenaan iman dan Islam.

Salam.

radenjowo said...

Sudah di perbetulkan. Terima Kaseh

Posting terkini

Blog Archive