KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 15, 2008

DR ZETI: Terlalu awal untuk lihat kesan inflasi ????

atranungkite - Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz pada 11 Jun 2008 lalu berkata kepada peserta INCEIF adalah terlalu awal untuk melihat kesan inflasi atas kenaikan harga minyak kepada Malaysia.

Bagi beliau, kenaikan harga minyak merupakan sesuatu yang perlu dikaji secara berhati-hati kerana ia bukan hanya kelembapan disebabkan faktor luaran sahaja. ''Pada masa yang sama, kita harus melihat kepada potensi pelan rangsangan yang boleh digunakan bagi memastikan kenaikan harga minyak tidak akan dipindahkan kepada pengguna bagi mengelakkan inflasi,'' katanya.

Beliau menambah, pada masa ini masih awal untuk memastikan pengeluar mempunyai kapasiti untuk menyerap sebahagian kenaikan kos dan kemudian reaksi daripada pengguna sama ada mempunyai permintaan tinggi atau sederhana.

Sebagai seorang rakyat marhaein yang cintakan negara, saya merasa sungguh kecewa dan sakit hati apabila seorang pakar kewangan dan ekonomi negara yang menjawat jawatan yang tinggi sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia, menyatakan bahawa seolah-olah kenaikan harga minyak kepada RM2.70 seliter tempoh hari tidak akan memberikan impak inflasi yang ketara dalam tempoh terdekat.

BOHONG dan BODOH. Itulah kenyataan yang paling sesuai ditujukan kepada beliau. Kalaupun jawatan sudah tinggi dan dilantik sebagai Gabenor, janganlah keluarkan kenyataan bohong dan bodoh macam tu. Budak-budak sekolah darjah satu pun tahu yang kenaikan harga minyak telah memberikan kesan kenaikan harga barangan yang mendadak. Sepinggan mee goreng di kantin sekolah hari ini dah naik harga kesan harga minyak naik. Tak sampai 24 jam kerajaan umumkan harga minyak naik, semua barangan pengguna naik harga. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive