harakahdaily - |...| Anak mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Aina Mardiah Shahrial menghembuskan nafas terakhir di Wad Blok A, Tingkat 3, Hospital Kajang selepas terlantar koma dan nazak sejak semalam.
Lebih mendukacitakan, bapa kandung Allahyarhamah, Shahrial Sirin yang dilaporkan bertolak dari Kem Tahanan Kemunting selepas mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar jam 1.00 tengahari tadi masih belum tiba di hospital.
Aina Mardhiah menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Fatma dan ahli keluarga terdekat.
Anak sulung pasangan terbabit dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam dan berada dalam keadaan koma sehingga disahkan meninggal dunia.
Shahrial ditahan di Kem Tahanan Kamunting sejak tujuh tahun lalu.
Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA), untuk mendapatkan pelepasan sementara Shahrial bagi menziarahi anaknya menghadapi kerenah birokrasi yang cukup memeritkan.... selanjutnya.
berita lainAnak tahanan ISA akan dikebumikan esok
3 comments:
kejamnya ahli parlimen bn tu!
Dan tiada hijab dgn Allah bagi du'a orang yang terinaya..
Al-Fatihah untuk allahyarhamah. Semoga roh ditempatkan dikalangan orang beriman. Kepada sesiapa yang zalim, ingatlah Allah melihat apa yang anda lakukan.
Post a Comment