greenboc - [...] Kedua-dua ahli parlimen berkenaan, Datuk Ismail Sabri, Menteri Belia dan Sukan dan Saifudin Abdullah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menafikan mengenai dakwaan bahawa beliau adalah antara empat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat dalam tempoh terdekat.
Walau apapun riaksi yang diberikan terhadap tulisan GB yang bersifat "spekulatif" semalam, sikap yang ditunjukkan oleh kedua-dua orang MP berkenaan agak tenang dan lansung tidak menampakkan mereka menggelabah malah menghormati dan memperakui kebebasan blogger seperti yang dinyatakan oleh Datuk Saifuddin dan tersiar di dalam MSTAR
"Beliau bagaimanapun tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis artikel itu kerana menghormati hak sesiapa sahaja untuk menyatakan pandangan masing-masing.
Apa yang dimuatkan di dalam artikel itu, katanya, hanyalah spekulasi politik dan ia tidak mengandungi ungkapan yang memburuk-burukkan beliau secara peribadi."
Dan justeru itu, sepatutnya GB ada banyak sebab untuk bererima kasih kepada kedua-dua ahli parlimen berkenaan yang menampakkan kematangan berpolitik mereka di samping bersyukur kepada Allah s.w.t. lantarannya.
Apa-apa pun seperkara yang masih bermain di fikiran GB ialah mengapa sekalian banyak isu yang ada sekarang, namun isu yang GB lontarkan semalam itulah yang mendapat liputan meluas oleh media arus perdana. Agensi berita negara, BERNAMA merupakan yang terawal memberikan respons yang memetik tulisan GB tersebut dari portal tranungkite.net dan lantas menghubungi kedua-dua hali parlimen ebrkenaan untuk mendapatkan reaksi dan pengesahan terhdap tulisan GB bekenaan.
Ternyata bahawa kini pihak media arus perdana yang rata-rata dikenali sebagai teramat pro-establishment merasa sensitif terhadap sebarang isu yang melibat mana-mana ahli parlimen BN yang akan melompat ke mana-mana parti Pakatan Rakyat.
Ada banyak sebab untuk mereka merasa terlalu sensitif.
Senario politik yang berlaku mutakhir ini menjelaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Abdullah-Najib ini diketahui umum sedang menghadapi pergolakan yang begitu hebat yang oleh ramai pemerhati politik berpendapat sebarang isu yang ditangani secara silap oleh pimpinan kerajaan akan hanya mengakibatkan penamatan riwayat pemerintahan BN di negara ini dengan lebih cepat.
Justeru sekalipun negara kini dilanda isu hangat seperti isu liwat Datuk Seri Anwar yang mampu menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih tampuk kerajaan, namun mereka tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa mereka tidak boleh memandang remeh terhadap isu lain sekalipun ia dbangkitkan oleh seorang blogger tak terkenal seperti GB ini.
Sikap ofensif yang di diambil di dalam isu liwat sekalipun boleh memberikan kredit yang banyak kepada BN namun jika BN melupakan untuk mengambil langkah defensif dan berjaga-jaga, nanti dikhuatiri yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.
Apa tah lagi di dalam suasana rakyat kini secara puratanya memihak kepada Pakatan Rakyat apabila isu kenaikan harga minyak dan barang yang telah benar-benar menjatuhkan keredibiliti dan populariti BN di mata rakyat.
Dan, isu liwat kemungkinan tersilap masanya. Ia muncul di kala rakyat sedang berbicara tentang perhimpunan sejuta rakyat untuk menentang kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan. Gelombang reformasi kedua nampaknya tetap tidak dapat dielakkan kerana aura arus kebangkitan rakyat masih belum padam di era pasca-pilihanraya ini.
Akan menjadi kenyataanlah nanti perhimpunan sejuta rakyat yang dirancangkan pada 6 Julai 2008 di Petaling Jaya dan dengan terhasilnya isu liwat ini, rakyat yang bersimpati dengan Anwar akan turut sama menyertai perhimpunan tersebut sebagai satu bentuk protes dan bantahan terhadap konspirasi peringkat tetinggi itu.
Kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu ke Stadium Melawati Shah Alam 1 Julai lalu mengesahkan "faktor liwat Anwar" boleh saja menjadi senjata makan tuan yang bisa meranapkan rejim BN pada bila-bila masa.
Dan ia cukup untuk kita mengucapkan terima kasih kepada semua, kerana isu konspirasi terhadap Anwar sedasyat itupun rupa-rupanya ada hikmah dan kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Demikian perencanaan Allah Yang Maha Aoong lagi Maha Bekasa.
Baca selanjutnya...
... selanjutnya.
1 comments:
spekulatif, spekulator samalah macam orng tikam nombor ekor 4-D, Toto
berjudi dgn maklumat yg di reka-reka tu kerja orng kafir. lebih-lebih lagi mencari keuntungan atas angin dari kejatuhan/kerugian org lain.
blog MSM ada siarkan citer DSAI bagi tips no ekor kepada wartawan, yg kemdianya 'menang' sedikit wang dari pertaruhan tersebut. mr nalla, kawan kamceng DSAI should know what happened , kan? kan ?
Post a Comment