KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 3, 2008

Putuskan sahaja hubungan Malaysia-Amerika Syarikat

aminiskandar
Melenting pemimpin Umno dan BN apabila kerajaan Amerika Syarikat tidak senang hati dengan tuduhan liwat kedua yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim selepas 1998.

Diantara yang paling marah ialah Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein. klik disini..

Begitu juga dengan abang saudara Hishamuddin, Najib Tun Razak yang dikatakan menggepalai konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar buat kali kedua setelah 1998. Klik disini.

Najib, Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab membatalkan penyertaan Iran dalam pameran senjata di Kuala Lumpur apabila disuruh oleh pentadbiran Bush cuba memanipulasi sentimen Anti Amerika yang kuat dikalangan rakyat Malaysia. Tak kelakar ke?

Ok, jika benar kerajaan Malaysia marah dengan kenyataan Amerika Syarikat mengenai konspirasi terhadap Anwar, saya ada beberapa cadangan:

1) Putuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat.

2) Halau semua rakyat Amerika di Malaysia.

3) Kosongkan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur, rampas tanah dan miliknegarakan bangunan tersebut.

Ini baru tiga cadangan.

Berani ke Pak Lah, Najib, Syed Hamid dan Hishamuddin lakukan perkara ini?

Kalau tak berani, toksah membebal. Lebih baik diam!

2 comments:

Head Shot said...

saya ingin ucapkan terima kasih kpd no2umno krana kini dah bagi right-klick pada mouse. banyak manfaat. terima kasih.

Anonymous said...

Asyik2 mainkan sentimen anti Amerika, tapi kenapa biarkan Halliburton bukak kilang kat WPI? Ataupun berbincang dengan Donald Rumsfeld dan bagi kebenaran utk USS Kitty Hawk berlabuh di Pelabuhan Kelang menjelang ulangtahun kemerdekaan ke-50?

Posting terkini

Blog Archive