KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 17, 2008

Anwar tidur sekadar beralaskan tuala

Suarakeadilan | Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim bermalam dalam tahanan polis selepas beliau ditangkap sekitar jam 1 tengahari semalam, demikian dimaklumkan Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua.

Perkara tersebut disebut dalam satu sidang media di luar Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur lewat malam tadi.

Anwar Ibrahim ditahan sejurus selepas Anwar dibawa pulang dari Hospital Kuala Lumpur pada 10.30 malam. Anwar Ibrahim dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Menurut peguam Sivarasa Rasiah, Anwar ditahan semalam untuk dibawa ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta awal pagi ini, serta untuk disoalsiasat seterusnya.

Isterinya dan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di IPK Kuala Lumpur sekitar jam 11.30 malam bagi menyerahkan persalinan dan kegunaan tandas kepada Anwar Ibrahim.

Dari maklumat yang diterima Suara KeADILan Anwar Ibrahim dikurung dalam sel kosong tanpa katil, tilam mahupun apa sahaja.

Sedih melihat keadaan tersebut, Dr Wan Azizah Wan Ismail sekadar mampu memberi dua helai tuala sebagai alas badan suaminya itu dari sejuk simen dan serangga yang melata di lantai sel.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive