azzlie | .... Tak faham, tak reti dan tak tahu. Berapa banyak manusia-manusia di Malaysia ini yang suka berbohong dan terang-terang kelentong orang di sana-sini. Daripada Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Menteri-Menteri, Ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat. Yang terbaru, berjangkit pula kepada sang Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Inilah gambaran yang dimaksudkan, professional oleh si pengarah tadi. Menangkap seorang yang dituduh meliwat seperti juga sepuluh tahun dahulu, memerlukan unit anggota polis bertopeng. Sedangkan pada masa yang sama, pembunuh Altantuya di luar sana masih bebas. Senang ceritanya, beliau mendakwa tangkapan terhadap Anwar terpaksa dilakukan kerana Anwar tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya. Sedangkan Anwar baru sahaja pulang dari memberi keterangan kepada BPR.
... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment