KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 17, 2008

Waran tangkap



[klik untuk paparan jelas]

Merujuk kepada kes Akuan Sumpah Raja Petra, beliau adalah pada awalnya sebagai pembuat akuan. Yang dituduh adalah Rosmah dan beberapa orang lagi. Tetapi, ia bertukar kepada kes fitnah yang menyebabkan, Raja Petra berubah kedudukan menjadi yang tertuduh dan pihak satu lagi menjadi pembuat lapuran. Sedikit petikan dari berita awal kes tersebut,

Merujuk kepada soalsiasat Rosmah, Bakri memberitahu,
"Beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai pegawai penyiasat dan kami akan jalankan siasatan yang adil" kata Bakri.
Tapi 'adil' yang dimaksudkan adalah, selepas soal siasat, Raja Petra di berikan waran tangkap. Dan ini berita semalam yang diperolehi,
Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin berhubung siasatan akaun berkanunnya yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. - malaysiakini
Kalau kita tidak pernah terbabit di dalam kes parah, 'waran tangkap' boleh menjadikan kita gugup. Pucat sampai ke ibu jari. Dengar pun dah gerun. Mungkin aku sedikit bingung atau tidak tahu undang undang, tapi waran tangkap selalunya hanya akan di berikan kepada seseorang sekiranya seseorang itu gagal menghadirkan diri seperti yang telah di arahkan. Apakah sebenarnya waran tangkap itu?
BAHAGIAN II PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap

37 - Prosedur untuk menangkap orang terhadapnya waran telah dikeluarkan.

(1) Apabila waran tangkap dilaksanakan di luar kawasan bidangkuasa Mahkamah yang mengeluarkannya, orang yang telah ditangkap hendaklah, melainkan jaminan telah diambil di bawah seksyen 33 dibawa ke hadapan Hakim yang terdekat sekali.

(2) Hakim tersebut hendaklah, jika dia mendapati orang yang ditangkap itu adalah orang yang dimaksudkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran, mengarahkan dia dibawa dalam tahanan Mahkamah yang dinamakan di dalam waran itu:

Dengan syarat bahawa jika orang yang ditangkap itu bersedia dan bersetuju untuk melaksanakan satu bon dengan penjamin yang mencukupi untuk kehadirannya pada masa yang ditetapkan di hadapan Mahkamah yang mengeluarkan waran, atau arahan telah dicatatkan di bawah seksyen 33 di atas waran dan orang tersebut bersedia dan bersetuju untuk memberi jaminan yang diperlukan oleh arahan tersebut, Hakim itu hendaklah mengambil bon atau jaminan itu, mengikut mana yang berkenaan, dan mengemukakan bon kepada Mahkamah yang disebut di dalam waran itu.
Rujukan
Sejak akhir akhir ini, waran tangkap sering di keluarkan dari hanya satu pihak kepada satu pihak, menjadikan kita fikir undang undang ini hanya di gunakan untuk menakut nakutkan seteru kepada seseorang itu. Antara yang baru baru ini menerima waran tangkap adalah .....

Anwar ibrahim PKR
Waythamorthy Hindraf
Tian Chua PKR
Badrul Hisham [chegubard] PKR
Mohd Sabu PAS

So korang pikir kan sendiri, apa tujuan waran tangkap itu dikeluarkan dan apa kah implikasinya. Gua setakat baca hari ini, esok dah lupa.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive