umnoreform | Isu tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim perlu diselesaikan segera sebelum perkara ini merebak mengganggu keharmonian negara. Tuduhan ke atas Anwar Ibrahim setidak-tidak memberi menggangu-gugat kestabilan negara baik dari segi sosial,ekonomi dan politik. Kelewatan memberi ruangan untuk Anwar untuk terus memperkatakan ini satu konspirasi yang terus memburuk-burukkan keadaan. Sehingga hari ini media-media Internet yang menyokong pakatan pembangkang berterusan memberi ruangan sokongan dan ini telah banyak mempengaruhi senario semasa. Sokongan Anwar dalam Internet semakin kuat dan sokongan ini telah melibatkan statistik tidak konklusif dari laman web terkemuka Malaysia seperti – www.malaysiakini.com.
Dalam kemelut serangan dan tuduhan ini satu konspirasi kemunculan Ezam Mohd Nor tidak membantu UMNO malah lebih buruk lagi membawa UMNO ke kancah perjuangan politik peribadi beliau. Marah beliau atau benci beliau kepada Anwar Ibrahim – mungkin atas kapasiti tidak puas hati dengan pengendalian Anwar Ibrahim atas Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat telah kita mengheret UMNO dalam agenda beliau. Ini tidak akan menguntungkan UMNO malah ini sebenarnya merugikan UMNO.... selanjutnya.
Jul 20, 2008
Ezam tidak membantu UMNO
Labels: belit ezam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Malu ade sedare mcm Ezam ni...!
Post a Comment