Semua orang tahu bahawa Najib dan Pak lah tidak sehaluan. Nampak tersengih, tapi Tuhan je yang tahu. Tersenyum senyum kambing Najib apabila diumumkan dek Pak lah bahawa tarikh peralihan kuasa hanya pada 2010. Nak cakap apa? 2 tahun tu lama beb. Gua tak sabar nak jadi PM. Kalau tak der ancaman, gua tak kesah tapi Anwar sedang mencari peluang untuk mencelah. Raja Petra pulak sering cucuk cucuk bikin gua tak senang duduk.
Lepa sikit, Anwar akan ambil alih pemerintahan, Najib bakal gigit jari. Silap gaya putus jari dibuatnya.
Ok ... Bila Anwar sedang di landa dengan tuduhan liwat, semua orang dah jangka, itu adalah strategi pihak tertentu untuk halang dia berkuasa kembali. Anwar mesti di halang, kalau tak .... ada yang bakal kempunan.
Mengelakkan perkara itu, maka banyak lah usaha untuk libatkan DS Anwar dengan satu lagi kes salah laku seks macam tahun 1998. Dulu Anwar tidak bersalah dan sekarang di tuduh cara yang sama. Siapa punya idea bodoh tu? Hello beb .... dulu Mahathir berkuasa, boleh la, sekarang Pak Lah tau ....
Cerita tentang Pak lah bantu bebaskan Anwar dah ramai yang tahu. AKibatnya, Pak Lah di tuduh mungkir janji. Sekarang ada lagi usaha ke 2. Pak Lah tahu sapa dia perlu bantu. Anwar atau ..... gerombolan satu lagi?
Sedang rakyat kecoh dengan penangkapan Anwar minggu lepas, Pak Lah mengeluarkan kenyataan. Dia janjikan Peristiwa Lebam Mata, tidak akan berulang. Tersentak semuanya. Pada Gang Anwar, kelihatannya seperti janji, tapi kepada polis, ianya satu amaran. Dengan bahasa mudahnya, "Gua cakap .... lu orang jangan lebamkan mata Anwar !!!"
Komplot memerangkap Anwar adalah usaha satu gerombolan untuk mengusirnya dari dunia politik tanah air. Seorang lagi yang mengganggu Najib untuk menjadi PM adalah Raja Petra yang turut menerima waran tangkap. Bila kedua dua ini dapat di zasssssskan, maka Pak Lah akan mudah di tumbangkan. Kerana itu, usaha bersepadu, tersusun tapi agak terdesak di gunakan pada peristiwa baru baru ni. 5 km dari Parlimen dan serbuan di tengah jalan, memang jelas ada pihak yang mahu Anwar di padamkan.
Bila Pak Lah dah bagi amaran, Anwar pun di lepaskan. Sebelum tu, bukan setakat Azizah, malah Azmin pun pegi mengadap Pak lah. Ini bukan boleh di buat main main. Bila Anwar dah lepas, Para penyokong pun pulang ke rumah. Jalan pun kembali lengang kerana tak der sekatan. Tapi Korang ingat musuh Anwar nak diam? Mereka akan terus merancang.
Sejurus selepas itu, Khabar dailog PAS dan UMNO pun kedengaran. Awan tak gerak, kalau tak der angin. Maka sebelum orang cipta spekulasi ... Pak lah bagi keterangan, begini katanya,
"Saya dah ada pertemuan sebenarnya, dan pertemuan ini pada peringkat awal. Tak perlulah saya bagi maklumat yang lain, nanti saudara buat spekulasi yang bukan-bukan.Kata TG Haji Hadi, pertemuan itu di atas tiket Islam. Orang PAS dah mula pening. Dulu dah kena tipu, sekarang nak kena lagi. TG Hj Hadi tak ingat ke? Sebenarnya di dalam masa yang sama kenyataan ini pulak keluar dari mulut Pak Lah.
"Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya....(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan," katanya, seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Malaysiakini
"Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tidak akan mengambil apa jua peranan berkaitan kes Anwar," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini. - MalaysiakiniPulak .... !!!
Bila kenyataan tu dibuat, negara macam sunyi. Tapi ada yang bergolak. Anwar pula boleh teruskan rancangannya, Roadshow: After Malacca and Pahang, Johor's next
Gani dan Musa dah tiada, sekarang tinggal saki baki hero teruskan perjuangan. Meja sudah kurang kaki. Bersatu pun dah tak boleh teguh, bercerai pasti roboh. Silap - silap gaya, boleh runtuh.
0 comments:
Post a Comment