kickdefella | ....Dan kita semua masih ingat berapa ramai penyokong PAS yang gugur di tangan Kerajaan Pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional. Berapa ramai pemimpin PAS disumbat ke dalam ISA di bawah kerajaan yang sama.
Oleh yang demikian, sesuatu yang amat pelik dan mustahil untuk PAS menghantar wakil mereka bertemu dengan Abdullah atas dasar kepentingan Melayu dan Islam. PAS bukan Parti Melayu dan PAS dan rakan-rakan politiknya telah membuktikan mereka penegak Islam dan penegak hak agama-agama lain.
Mungkinkah Abdullah sebenarnya bermimpi didatangi oleh sekumpulan dua tiga orang lelaki berserban dan kopiah lalu menyangka mimpi itu sebenarnya benar-benar berlaku dan kerana mereka memakai serban dan kopiah maka mereka tentu dari PAS?
Atau mungkinkah Abdullah benar-benar telah bertemu dengan sekumpulan dua tiga orang lelaki yang membahasakan dirinya ‘ana’ dan memanggil Abdullah sebagai ‘anta’ dan memandangkan pertemuan ini telah berlaku sebanyak 3 kali maka Abdullah yakin mereka ini tentu adalah perwakilan tertinggi PAS.
Mimpi atau tidak, boleh jadi dua tiga orang lembaga berserban atau berkopiah dan berbahasa ‘ana’-‘anta’ ini sebenarnya satu senario dari filem P. Ramlee yang ditonton Abdullah sewaktu mencuri tulang.
Mungkin mereka penyamun dari filem Ali Baba Bujang Lapok atau Enam Jahaman yang masih belum dipangkah mukanya yang mencari Abdullah untuk main belakang bagi mendapat secebis harta pusaka warisan Negara dan bergelar Menteri.
Apa yang pasti, berdasarkan kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sudah tentu sekali mereka yang datang menemui Abdullah melalui jalan belakang ini bukan mewakili PAS.... selanjutnya.
Jul 20, 2008
PAS-UMNO: Jangan Main Belakang
Labels: Belit UMNO, PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment