KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 2, 2008

Kenyataan bapa saudara Saiful yang pelik?

atranungkite - Menarik dalam laporan Agendadaily yang memetik The Star yang melaporkan bahawa bapa saudara Saiful mendakwa Saiful pernah hendak membunuh diri kerana hasrat beliau untuk membuat laporan polis dan melapor kepada pihak kerajaan ditolak Tan Sri Musa Hassan dan pihak kerajaan. Dilaporkan bahawa Saiful telah berkali-kali menghubungi Musa Hassan untuk membuat laporan tetapi Musa Hassan tidak mahu menerimanya dan mengarahkan Saiful supaya tidak lagi menghubungi Musa Hassan.

Bapa saudaranya juga mendakwa Saiful ke Bukit Aman untuk membuat polis report tetapi di tolak polis Bukit Aman. Hanya pondok polis kuala lumpur sahaj yang sanggup menerima polis report tersebut.

Bagi saya ada beberapa perkara pelik yang didakwa bapa saudara Saiful yang perlu dijawab pihak berkenaan

1) Kenapa Saiful hendak melapor kepada kerajaan? Aneh sebab Anwar bukan pegawai kerajaan?

2) Benarkah Saiful melapor kepada kerajaan. Siapakah pegawai kerajaan itu? Apa relevannya dakwaan saiful kepada kerajaan kerana anwar bukan kakitangan kerajaan, kenapa tidak dilapor kepada polis? Ini bukti wujud konspirasi. Setidak-tidaknya konspirasi saiful untuk jatuhkan anwar.

3) Dakwaan bapa saudara Saiful adalah bukti kerajaan terlibat. Sekurang-kurangnya mengetahui awal berkenaan perkara ini. Ini menyanggah rasa terkejut Paklah dan Najib berkenaan kes liwat terbaru seolah beliau berdua atau kerajaan BN tidak tahu menahu berkenaan perkara ini.

4) Musa Hassan terlibat secara langsung mengikut dakwaan bapa saudara Saiful. Malahan bapa saudara saiful mendakwa saiful telah menghubungi musa hasan berkali sehingga musa hasan mintak saiful tidak mengganggu beliau. Mungkin Musa boleh dedahkan tarikh2 tersebut.

5) Kenapa ketua polis negara tidak dapat menerima report ini? Sekurang-kurang mintalah saiful rujuk dengan pegawai bawahan polis untuk buat report.

6) Bukit aman tidak mahu menerima report menyebabkan saiful ke pondok polis HKL? Ini satu dakwaan yang serius oleh bapa saudara saiful. Bukit aman telah melakukan kesalahan besar disini kerana tidak mahu menerima report pengadu.

7) Dakwaan hanya pondok polis HKL sahaja yang dapat terima report juga pelik. Dan ini dakwaan yang serius utk PDRM. PDRM mesti menjelaskan perkara ini.


Sekian.

AGENDADAILY"

3 comments:

Anonymous said...

Ini dah kes berat sebab melibatkan Ketua Polis Negara. Takkan KPN tidak mahu menerima laporan ini. Pelik bin Ajaib.

Anonymous said...

KPN boleh membuat aduan kepada pihak polis kerana memfitnah beliau.

Anonymous said...

Satu lagi yang peliknya ialah si Saiful ini boleh hubungi KPN terus secara direct line. Ada apa-apa connection ke?

Posting terkini

Blog Archive