malaysiakini - Empat lagi, termasuk tiga pemimpin Angkatan Muda PKR (AMK) Terengganu, dipanggil polis bagi siasatan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di bandar negeri itu pada 20 Jun lalu.
Timbalan ketua AMK Fariz Musa memberitahu Malaysiakini, mereka yang ditahan:
Muzafeq Mohamad, timbalan ketua AMK Terengganu
Saado Mohd Noor, exco AMK negeri
Aminudin Abu Sari, pegawai Fariz (juga ketua AMK negeri), dan
seorang anggota PAS yang dikenali Bustamam.
Kesemua mereka disiasat lebih dua jam oleh cawangan siasatan jenayah di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu, katanya.
Mereka, yang berada di situ mulai 12.30 tengah hari, dibebaskan dengan jaminan polis.
Pada hari perhimpunan di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu dua minggu lalu, Fariz sendiri ditahan polis selama tiga jam untuk siasatan.
Ketua AMK Besut, Abdul Ghani Jaafar yang menyertai perhimpunan itu dijangka menyerah diri di balai polis yang sama esok.
Muzafeq memberitahu Malaysiakini, beliau dipanggil semula kerana polis "tidak berpuas hati" dengan keterangannya hari ini.
... selanjutnya.
Jul 2, 2008
Pemimpin AMK disiasat polis
Labels: demo minyak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Kita tidak mendengar penahanan Pemimpin perhimpunan "Natang"di Terangganu,"DEB" di Pulau Pinang,Perak ,Babi di Selangor dan banyak lagi,yg.dilakukan Puak puak AMNEO,agaknya tidak ada sebarang siasatan dan tindakan diambil.,walhal kesalahan nya sama.
Post a Comment