Utusanmeloya - Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan polis mendakwa dia di liwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibarahim malam ini dibawa ke balai polis Brickfield untuk diambil keterangan.
Mohd. Saiful yang tinggi lampai tiba di IPD Brickfields pada pukul 8.10 malam. Dia memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih, berseluar gelap dan menjinjing sebuah beg kecil berwarna hitam.
Dia diiringi masuk ke IPD itu oleh seorang anggota polis berpakaian preman. Mohd. Saiful, 23, tersenyum memandang sekumpulan pemberita dan jurugambar yang berada di pekarangan balai dan sempat melambai-lambaikan tangannya.
Jul 2, 2008
Sayfool diambil keterangan hari ni
Labels: Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
kalau pernah nak bunuh diri kerana kes liwat..boleh senyum2 dan lambai2 tangan...pelik tu..atau tu tanda2 org gila meroyan?
Post a Comment