tranungkite - [...] Selain itu, persembahan drum India dan drum Cina, persembahan kompang, nasyid, dikir barat dan lagu-lagu politik juga akan turut mengambil tempat bagi mencuri perhatian rakyat. Solat Hajat Perdana juga akan diadakan selepas solat maghrib khusus kepada para peserta yang beragama Islam sebagai munajat kita kepada Allah agar memberi keselamatan kepada seluruh rakyat negara ini daripada kezaliman tangan-tangan pemerintah.
Justeru PROTES percaya bahawa antara yang membezakan himpunan pada kali ini dengan yang sebelumnya ialah di sudut tempoh masa bagi rakyat atau para peserta berhimpun. Di mana PROTES meletakkan anggaran masa dari jam 10.00 pagi sehingga acara ke sebelah malam.
Walau bagaimanapun, PROTES menegaskan bahawa semua acara tersebut adalah penting dan para peserta dinasihati agar hadir sepanjang hari sebagai tanda solidariti rakyat yang mahu agar suara mereka yakni SUARA RAKYAT didengar oleh pihak kerajaan. Kita mahu bukan setakat suara PROTES Rakyat itu didengar tetapi juga mesti difahami dan dirasai oleh regim pemerintah.
Justeru itulah maka konsep Himpunan 6.7.08 ini bukan bersifat “touch and go” sepertimana lazimnya. Tetapi kita mahu menghimpun rakyat pada jangka masa yang lebih panjang bagi membolehkan maklumat penerangan berkaitan “Minyak Negara” yang sepatutnya menjadi harta rakyat jelata dapat difahami dengan sebaiknya oleh semua pihak.
PROTES percaya bahawa himpunan ini merupakan satu bentuk pendidikan dan penerangan kepada rakyat. Ia bukan satu ancaman terhadap keselamatan negara dan kerajaan wajar menyambut baik usaha mendidik rakyat. Pendidikan ini adalah cabaran kepada kerajaan yakni cabaran dalam bentuk intelektual ; ilmu dan maklumat. ... selanjutnya.
dan ini jawapan dari Pemuda
Pemuda akan boikot himpunan Protes jika terdapat unsur hiburan melampau
0 comments:
Post a Comment