KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 13, 2008

Jika Muhyiddin tidak puas hati, letak jawatan - Zaid

MStar | Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah meletak jawatan atau disingkirkan jika tidak berpuas hati dengan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ditetapkan pada 2010.

"Mudah sahaja, jika Muhyiddin tidak puas hati dengan Perdana Menteri, beliau boleh letak jawatan Kabinet... ini bermakna beliau tidak yakin dengan Pak Lah (Abdullah)... tidak, saya tidak cadang untuk beliau berbuat demikian.

"Saya kata jika beliau tidak gembira dengan Pak Lah, jika beliau tidak yakin dengan Pak Lah, dua perkara akan berlaku sama ada letak jawatan atau Pak Lah hendaklah singkir beliau, itu yang sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran lukisan Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei di Galeri Petronas hari ini.

Rabu lepas, Muhyiddin, yang juga Naib Presiden Umno berkata pelan peralihan yang dipersetujui Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jun lepas, hendaklah dipercepatkan memandangkan keadaan politik yang tidak stabil di negara dan tempoh itu terlalu lama.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive