KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 13, 2008

MP ke China untuk membeli belah dan golf - Tian

MStar | ....Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah meninggalkan Taiwan awal pagi tadi atas alasan bimbang dengan taufan yang dijangka melanda negara itu hari ini.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ketika dihubungi mStar Online berkata, kesemua Ahli Parlimen yang masih berada di Taiwan telah diarahkan keluar hari ini.

Bagaimanapun kata Tian, pihaknya sempat berinteraksi dengan ahli-ahli Parlimen tersebut malam tadi.

“Saya tidak pasti taufan apa yang dirujuk mereka. Memang taufan dijangka melanda Taiwan hari ini tapi ia juga mungkin merujuk kepada kita.

“Bagaimanapun kita sempat berinteraksi dengan mereka malam tadi tapi saya tidak boleh nak beritahu dengan lanjut,” katanya yang enggan mendedahkan bentuk komunikasi antara mereka.

Tian berkata, beliau telah diberitahu sendiri oleh Ahli Parlimen yang ditemui semalam bahawa kebanyakan mereka akan meninggalkan Taiwan melalui Hong Kong namun terdapat segelintir daripada mereka dipercayai ke China untuk membeli-belah dan bermain golf... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive