KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 13, 2008

Tentang wartawan Sin Chiew

Tan Hoon Cheng di bawa ke Bukit Aman
tan hoon cheng 04 120908Wartawan akhbar Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, yang ditahan di rumahnya di Bukit Mertajam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob memberitahu Bernama hari ini, Tan dibawa ke Bukit Aman selepas dibenarkan berjumpa ibu bapanya di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi.

Tan, 33, dilihat dibawa menaiki sebuah kereta jenis Kia Sorento berwarna hitam dan diiringi sebuah kereta Proton Waja selepas berjumpa dengan ibu bapanya, Tan Booi Siam dan Khor Ah Heok di IPK, Jalan Penang.

Bapa wartawan berkenaan, yang berusia 70-an dan ibunya Khor, 60-an, memasuki pekarangan IPK sebelum pukul 8 pagi dengan diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Penasihat Perundangan Chia Loong Thye, dilihat membawa beg plastik berisi pakaian dan kuih.

Khor berkata beliau dan suaminya gembira kerana berpeluang berjumpa dan meluangkan masa dengan anaknya selama 15 minit.

"Dia (Hoon Cheng) berada dalam keadaan tenang dan baik, pihak polis juga memberikan layanan yang baik kepadanya sepanjang bermalam di IPK.

"Dia juga cakap supaya kami jangan bimbang mengenai dirinya," katanya kepada pemberita di luar IPK selepas bertemu Hoon Cheng.

Khor berkata seluruh anggota keluarga mereka akan terus memberi sokongan kepada beliau. - Bernama

NPC minta wartawan di bebaskan
Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) meminta kerajaan dan polis untuk membebaskan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) malam tadi.

Dalam satu kenyataannya hari ini, NPC berkata pihaknya mengambil berat dan sedih dengan penahanan Tan kerana menulis laporan ucapan berbaur perkauman oleh Ketua UMNO bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail bulan lepas. (Ahmad digantung tiga tahun oleh Majlis Tertinggi UMNO atas kenyataannya itu).

NPC berkata Tan hanya menjalankan tugasnya dalam membuat laporan untuk akhbarnya.

Kelab Wartawan itu juga berkata bahawa jika wartawan "ditangkap" semasa menjalankan tugas-tugas profesional mereka dan jika ini menjadi trend pihak berkuasa, ia memberi petanda tidak baik kepada kesejahteraan wartawan di negara ini dalam melaporkan sesuatu yang benar. - Bernama

Tan Hoon Cheng mungkin bebas hari ini - Hamid
Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng - salah seorang yang ditahan semalam mungkin dibebaskan hari ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau juga berkata, tidak ada lagi yang dijangka ditahan di bawah ISA selepas tiga orang ditahan semalam, tetapi menegaskan ia bergantung kepada keadaan ketenteraman awam.

Tan yang ditahan di rumahnya di Bukit Mertajam di bawah ISA malam tadi, telah dihantar ke Bukit Aman pada kira-kira jam 8.30 pagi ini. - MKini

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive