erisar |
Terperanjat aku membaca berita dimuka depan Utusan Malaysia hari ini. Aku tidak pasti itu adalah benar kata-kata yang keluar dari mulut Menteri Besar Selangor, atau satu sandiwara akhbar media arus perdana untuk mengalih perhatian dari isu Bukit Bendera.
Khalid didakwa berkata lawatan beliau ke tempat dilanda musibah membuang masa dan membuang kewangan sahaja. Beliau ada wakil rakyat dan orang yang boleh pergi melawat, yang boleh pergi memberi sumbangan kewangan. Guess what Khalid, rakyat suka nak tengok pemimpin mereka datang melawat, mendengar sendiri rintihan rakyat dikala kesusahan. Mendengar dan melihat sendiri sudah pasti berbeza dari mendengar dari pihak perantara.
Rakyat suka dengan pemimpin yang prihatin, yang dalam keadaan super busy sekalipun boleh meluangkan masa melihat keadaan kawasan bencana. Aku melihat PAS, PKR, dan lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat sebagai berbeza dari UMNO. Takkan nak upgrade sama paras dengan Paklah, dikala banjir di Johor, beliau ke Australia makan nasi kandar?
Aku nasihatkan kepada Khalid, lainkali kalau nak menentang arus, diamkan sahaja. Jangan bersuara. Somethings better left unspoken.
imej - Pinkturtle2
Sep 8, 2008
Khalid .. Diam aje la
Labels: MB Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
turun padang pun mau bising ! tak turun pun mau bising ! apa korang mau !?!? Ya betul, tak payah sendiri turun banyak wakil rakyat.. tapi apasalah turun kadang kala sendiri???? ini pun mau manyak cakap !!!! kolot butul ! kadang kala dlm company boss sendiri pun turun pi store tolong packing barang ! ini pun mau bikin issue ! malaysia terlalu kolot pikiran ! sentiasa cari pasal cari kaki buruk orang ! khakkkk pui.......
hmm..
betul ke ayat tu keluar dari mulut MB? atau telah dimanipulasi oleh media semata?
Khalid nie memang bagus, cuma kekadang tak reti berbahasa. Cakap tak reti berlapik, tapi hati memang baik. Cuma, kena faham, lain orang lain persepsi.
ye betul....
correct correct correct.......
utusan malaysia sudah TARAK ADE berita lagi..
TARAK carik berita
dan
terdesak buat berita.
kejab lagi jadi macam cerita
Pegembala kambing dengan serigala.
Si Sahak ni memang bodoh sombong....
Dia ni bukan orang PKR...ahli je PKR..semangat UMNO..Buktinya apa??
Kebanyakan projek tender pasir dan pbt dapt ke orang-orang Umno balik...maka terkulat2lah orang2 PKR kat negeri Selangor ni...
Bukan nak minta duit MB yang paling kedekut dalam dunia ni...tapi kalau kita susah payah nak bagi menang setelah bertempur dengan musuh...lepas kita menang kita bagi pulak bagi musuh segala kekayaan dan hasil yg kita dapat..macamana jadinya? CUBA orang2 selangor yg cerdik pandai ni fikir????????
Post a Comment