KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 10, 2008

Mahu Ahmad Ismail dipecat

Utusan | Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memecat Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail daripada UMNO ekoran kenyataan terbarunya yang mendesak Gerakan keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Jui Meng menegaskan, Abdullah yang juga Presiden UMNO perlu bertindak tegas dalam hal berkenaan kerana kenyataan Ahmad yang angkuh bukan sahaja ditujukan kepada Gerakan dan Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Malah, kata beliau, ia melibatkan keseluruhan BN dan wajar dilihat seolah-olah mencabar Abdullah, Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta kerajaan.

''Sekarang adalah masa untuk bertindak tegas. Perdana Menteri perlu mempamerkan kewibawaan sebagai pemimpin untuk semua rakyat negara ini dengan memecat Ahmad Ismail daripada UMNO.

''UMNO perlu membuat pilihan sama ada lebih baik kehilangan seorang pemimpin atau keseluruhan pakatan BN,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive