msomelayu | ....Kalau yang tidak beragama Islam tidak mengapa, tetapi yang beragama Islam pun ikut sama ke Taiwan apakah jadahnya? Biasanya umat Islam kalau dibulan Ramadhan nak melancung mereka ke Makkah bukan ke tempat lain. Kalau ke Taiwan itu sudah dipanggil melencung namanya! Si perempuan burung bayam dan burung kedidi pun ikut sama!
Siapakah yang punya idea tidak diketahui tetapi jelas orang itu tidak begitu smart dalam mengatur strategi ataupun membuat counter attack kepada rancangan Anwar Ibrahim. Semisalnya anar agar menumbangkan kerajaan pada 16 September ini Anwar sudah ada alasan kerana ahli Parlimen yang bercadang untuk lompat itu sudah diangkut ke luar negara. Cara BN itu memberi senjata kepada Anwar untuk mempertahankan kata-kata dan cita-citanya.
Kalau benar ada yang berhajat hendak lompat parti dan bersama Anwar tidak ada sesiapa yang boleh sekat. Lepas mereka balik dari Taipei mereka boleh bersama Anwar juga. Lagipun kebanyakan ahli Parlimen itu saraf fikirnya masih 'hidup' dan berfungsi. Tak tahulah kalau otak mereka sudah rosak.
Dalam masa sama pemimpin BN seorang demi seorang bangkit menafikan tidak ada lompat melompat. Kalau tak ada lompat melompat kenapa begitu bimbang dan saling mencurigai antara satu sama lain? MP-MP itu bukan budak-budak lagi, semuanya sudah panjang dan lebar lebar dan beruban pun. Semuanya boleh guna akal sendiri dan tahu pula menilai mana intan dan mana kaca, mana lebih baik Anwar dengan Abdullah dan Najib.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
31 minutes ago
0 comments:
Post a Comment