harakah | Kerajaan Negeri Kedah akan membuat laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung Jenayah Pecah Amanah yang berlaku dalam pengurusan sesetengah Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC) di zaman pemerintahan Barisan Nasional.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman sebentar tadi.
Ujarnya, Kerajaan Negeri setelah enam bulan mengambil alih tampuk pemerintahan menjumpai banyak penyelewengan serta salah guna kuasa dan wang yang dilakukan pentadbiran terdahulu.
Maklumnya, beliau akan meminta pihak pengurusan syarikat-syarikat berkenaan untuk membuat laporan tersebut seberapa segera yang mungkin.
Ditanya bentuk jenayah yang dilakukan, Menteri Besar sekadar memaklumkan bahawa GLC berkenaan tidak mengikut peraturan perbelanjaan dan pengurusan kewangan.
"Mungkin wang itu disalurkan ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya disalurkan sebagai contoh, atau dibayar kepada tempat yang tidak sepatut dibayar," ujarnya membayangkan maksud. ... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
17 minutes ago
0 comments:
Post a Comment