KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 25, 2008

Tiada bukti anak VIP dan Menteri sertai PLKN

Sejak awal lagi, aku tak nampak sebarang bukti yang jelas bahawa anak VIP atau menteri ada menyertai PLKN.

Dan sebagai bukti yang cukup mudah, korang pergi ke tempat menghantar anak anak ke PLKN. Disana korang pandang bentuk dan jenama kenderaan yang kebanyakannya adalah kenderaan kelas pertengahan. Tiada sebarang kenderaan yang mempunyai pemandu khas ataupun kelibat VIP yang datang hantar anak mereka. Tiada kenderaan mahal dan berjenama.

Maka .. boleh di pertahankan bahawa tuduhan ini tiada anak anak VIP dan Menteri sertai PLKN, mungkin benar.

Hari ini JLKN bagi alasan lagi ...

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) hari ini menafikan dakwaan bahawa anak-anak orang kenamaan (VIP) boleh dikecualikan daripada mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pemilihan pelatih-pelatih PLKN dari seluruh negara dilakukan secara rawak dengan menggunakan sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

''Kami tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengecualikan mana-mana pelatih daripada mengikuti PLKN dan mereka yang telah dipilih perlu menghadirkan diri setelah menerima surat pemberitahuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JLKN di sini hari ini.
Setakat bagi alasan .... buktinya mana? Kita bukan bodoh untuk terima alasan sedemikian sedangkan tiada kenyataan. Berikan senarai penyetaan mereka yang lepas lepas.

Jelaskan .... anak menteri mana dan anak VIP mana yang sertai PLKN?

3 comments:

Anonymous said...

Salam tuan blog,

PLKN ni membuatkan ibu-bapa yang sehat tiba-tiba mendapat penyakit darah tinggi.

Anak-anak orang kenamaan tak ada class kalau bersekolah di Sekolah Kebangsaan(T)(C)Pura Cendana,Kuala Lumpur.

Jadi mana nak cari nama-nama mereka dalam sistem yang diikhtiraf di peringkat antarabangsa.
Nama dalam Imigresen pun boleh padam,inikan pula sistem haprak PLKN.


Yamaha Y80

armouris said...

biasa la tu...

kalau nama anak kena, just make one call, setel nama anak dikeluarkan...

salah guna pengaruh dan kuasa...

-----------------------
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
our-health-info.blogspot.com

Abu Muhammad Haikal said...

bila kuasa dah diberi, terima sajalah kerana apa yg dapat itu hasil usaha tangan2 yang memangkahnya juga.

Posting terkini

Blog Archive