Penghidap HIV Semakin Meningkat Di MalaysiaFail .... fail .... fail .... wakakakak
bernama | Seramai 82,704 orang dilaporkan menghidap penyakit HIV di Malaysia sejak kes pertama dikesan di negara ini pada 1986, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malhotra, berkata Malaysia ketika ini menghadapi halangan untuk mencapai Sasaran Pembangunan Milenium (MDG) PBB dalam membasmi virus HIV/AIDS.
"Setakat Jun 2008, jumlah orang yang menghidap HIV sejak 1986 telah mencecah 82,704 orang. Kami menghadapi epidemik tertumpu dengan satu hingga lima peratus populasi tertentu menghidap virus itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Red Carnival anjuran Yayasan PT di Sungai Wang Plaza Sabtu.
"Selaras dengan garis panduan PBB, Malaysia perlu menumpukan usaha terhadap lima kumpulan berisiko tinggi -- pengguna dadah, pekerja sex, transeksual, homoseksual dan pekerja asing," kata Malhotra.
Menurut laman web Program Pembangunan PBB (UNDP) Malaysia, pada tahun 2000, lima peratus jumlah populasi dilaporkan dijangkiti HIV/AIDS dan jumlah tersebut meningkat kepada lapan peratus jumlah populasi pada 2006.... more.
Cakap lain, buat lain ... wal asal balik asil. Tu pasal tak hasil. Wakakakak
Baca berita dolu dolu ....
Pemberian jarum, kondom dilaksanakan sebab Aids di tahap bahaya, kata PM
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata program perintis pemberian jarum dan kondom secara percuma kepada penagih dadah sebagai satu cara mengurangkan jangkitan HIV/AIDS di negara ini akan tetap dilaksanakan memandangkan keadaan sudah sampai ke tahap darurat.
"Langkah ini bukan satu pembaziran tetapi jika ada cadangan lain yang lebih baik kerajaan sedia menimbangnya," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Selatan Kedua G77 bersama China yang berakhir di Doha Khamis.
1 comments:
Napa tidak dibekalkan dadah sekali?
Post a Comment