syukran | AlFatihah buat Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Razali Ismail yang disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang semalam di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Seingat ana, pada bulan September lalu Allahyarham telah mengeluarkan arahan agar semua guru dan kakitangan sekolah tidak dibenarkan soal politik ketika berada dalam kawasan sekolah walaupun pada waktu berehat dikantin. Ramai guru yang tidak puas hati tetapi isu itu tetap berlalu pergi.
Namun yang tak boleh ana lupakan adalah tentang Sajak Kematian yang begitu hangat diperkatakan pada awal bulan ini. Allahyarham merupakan antara orang pertama yang mendedahkan perkara ini dan membuat bantahan awal agar ianya tidak dibenarkan berlaku lagi.
Kuasa Allah menentukan, belum sampai sebulan isu ini berlegar dipikiran rakyat, Allahyarham pergi menemui ajalnya yang telah ditetapkan. Ada yang menganggap ini suatu kebetulan, tetapi ada juga yang menganggap ianya sebagai peringatan dari Allah yang sesungguhnya senantiasa memerhati tingkah laku hambanya.... more.
Nov 29, 2008
Tolak Sajak Kematian Tetapi Tak Mampu Halang Kematian
Labels: Sajak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Ketika badan masih terasa sihat,kekuasaan ada di tangan,duit pula bole dapat di mana mana,kemudahan senantiasa tersedia,ramai yg.terlupa kematian akan datang pada bila bila masa bila saatnya tiba.
Kerana itu kita di peringatkan demi masa manusia itu senantiasa dalam kerugian.
Post a Comment