KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 31, 2007

ADUN PALOH SAKIT JIWA

aADUN Paloh dicadang jalani pemeriksaan kesihatan
offshoreman
Oleh Dr Rosli Allani Abdul Kadir

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan memandang serius peristiwa kekecohan yang berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan beberapa hari yang lepas.Kekecohan bermula apabila ADUN Barisan Nasional kawasan Paloh, Norzula Mat Diah tidak menghormati Dewan dengan menjerit jerit ke arah EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Haji Zulkifli Mamat semasa beliau cuba menjawab soalan yang dikemukakan.

Ianya kemudian berakhir dengan cubaan serangan fizikal ke atas ADUN Kelaboran, Zaki Ibrahim yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.Perwatakan yang ditunjukkan oleh beliau seminggu sebelum itu yang seakan tidak dapat mengawal perasaan (emotional outburst), panas baran (irritability) serta perubahan sikap yang agak ketara mungkin berkait dengan kemalangan jalanraya pada 8 Julai 2007 lepas, yang mengakibatkan beliau mengalami kecederaan parah.Dalam kejadian itu, beliau dilaporkan hampir maut apabila Toyota Harrier yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam cerun sedalam kira kira 5 meter di Jalan Chengal Perah, Kuala Lipis di kilometer 66 Jalan Kuala Lipis Merapoh.

Beliau dilaporkan menerima 14 jahitan selepas dimasukkan ke Hospital Gua Musang.

Kebarangkalian untuk beliau mengidap Sindrom Gegaran Otak Traumatik amat tinggi berdasarkan kepada kecederaan dan perwatakan yang ditunjukkan. Ia biasanya menyebabkan pesakit hilang tumpuan, mudah kepenatan, pelupa, mudah kecewa, insomnia (masalah tidur), pemarah dan mengalami perubahan sikap yang ketara.

Ianya boleh dialami oleh pesakit sehingga setahun dari tarikh kecederaan, namun bergantung kepada tahap kecederaan boleh berlarutan untuk jangka waktu yang lebih lama.

Selanjutnya offshoreman

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive