KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 31, 2007

Mansuh RM4.50, kena bayar pula lebih RM100

Yuran sekolah: Mansuh RM4.50, kena bayar pula lebih RM100

Maslan Yusoh
harakahdaily

PENGKALAN CHEPA, 31 Dis (Hrkh) - Apa dah nak jadi. Kegembiraan ibu bapa yuran sekolah rendah dan menengah dimansuhkan tidak bertahan lama, sebaliknya ketika menghantar anak-anak ke sekolah hari ini yuran lebih RM100 dikenakan.

Malah ramai terkejut apabila diberitahu pihak sekolah mengenai kadar yuran tersebut.

Paling murah yuran dikenakan terhadap pelajar sekolah rendah sebanyak RM80. Ada juga sekolah mengenakan yuran sehingga RM200.

Apa maknanya semua ini. Sedangkan kerajaan mengumumkan yuran rasmi sekolah dimansuhkan pada tahun 2008, sebaliknya ketika ramai ibu bapa menghantar anak ke darjah satu dan tingkatan satu, yuran dikenakan lebih RM100.

Anggota parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, pengumuman kerajaan memansuhkan yuran sekolah tidak memberi sebarang makna.

"Sebaliknya ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah minggu lepas dan hari ini berdepan dengan kadar yuran antara RM80 hingga RM200," katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin di Pejabat PAS Kota Bharu, di sini, hari ini.

Seramai 70 ibu bapa hadir pada program itu. Setiap mereka menerima RM100 yang disampaikan Abdul Halim. Sumbangan bantuan tersebut termasuk ditaja Tabung Kemiskinan Harakah dan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Haji Yusof Ludin dan penghulu kawasan parlimen terbabit.

Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran menegaskan yuran rasmi sekolah tetap dimansuhkan mulai penggal persekolahan tahun depan, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Bajet 2008.

Bayaran tersebut iaitu RM4.50 bagi pelajar sekolah rendah dan RM9 (sekolah menengah).

Abdul Halim berkata, pengumuman pemansuhan yuran tersebut tidak memberi sebarang makna apabila ramai ibu bapa yang berpendapatan rendah berdepan dengan masalah kewangan sekarang.

"Itu pun belum lagi diambil kira perbelanjaan membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, di mana harganya sudah meningkat berbanding sebelum ini.

"Bagi ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai, tentunya berdepan dengan banyak kesukaran," ujarnya.

Sementara itu, ibu bapa yang menerima sumbangan tersebut melahirkan rasa lega, setidak-tidaknya dapat menjelaskan sebahagian yuran persekolahan anak-anak.

Hampir 200 lagi pelajar di kawasan parlimen Pengkalan Chepa akan diberi bantuan serupa dalam masa terdekat ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive