KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 16, 2008

Hebat kah POLIS Malaysia?

319 budak masih hilang

Keratan akhar dipetik pada 22/Sept/2007

KUALA LUMPUR - Kematian tragis mangsa serangan seksual, Nurin Jazlin Jazimin, 8, telah berlalu.

Namun, nasib 319 kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun yang dilaporkan hilang bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini masih belum diketahui.


Adakah mereka akan melalui nasib sama yang dialami Nurin Jazlin atau kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat?

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang berkongsi kebimbangan itu berkata, unit baru polis dikenali Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak yang diwujudkan untuk menangani kes kanak-kanak dan keganasan rumah tangga akan diperluaskan untuk menjejaki mereka yang hilang.

“Kita tidak mahu rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan kes kematian tragis kanak-kanak dan remaja.

“Justeru, saya telah arahkan supaya peranan unit ini diperluaskan untuk mengumpul maklumat dan menjejaki kanak-kanak serta remaja yang dilaporkan hilang,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

KPN berkata demikian ketika diminta mengulas nasib 319 remaja dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang masih hilang seperti yang direkodkan dalam statistik orang hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lebih membimbangkan, seramai 6,270 kanak-kanak di bawah kategori umur yang sama dilaporkan hilang sejak Januari 2004 hingga Mei lalu.

Daripada jumlah itu, 4,237 atau 67.5 peratus pulang semula ke rumah mereka manakala 2,033 masih belum dapat dikesan sehingga ke hari ini. more...

No2umnO - Hebatkah polis Malaysia? Yang hilang, pulang sendiri dan yang tak pulang, hilang hingga kini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive