KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 25, 2008

BA terima sambutan luar biasa di Perak

Johari Jaafar

IPOH, 25 Feb (Hrkh) - Calon-calon Barisan Alternatif (BA) yang bertanding di kerusi Dun dan Parlimen di Negeri Perak mendapat sambutan di luar dugaan dengan kehadiran orang ramai termasuk dari kalangan kaum Cina dan India.

ImageIni memberi petanda yang cukup baik kepada calon-calon BA di negeri ini terutama di kawasan 'panas'.

PAS Perak menyenaraikan dua Timbalan Pesuruhjayanya bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 ini. Timbalan Pesuruhjaya I, Ustaz Abu Bakar Hussein bertanding di Dun Pengkalan Baharu menentang calon BN, Dato' Hamdi Abu Bakar.

Manakala seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuudin Dato' Abdul Malik menentang Dato' Seri Rafidah Aziz di Parlimen Kuala Kangsar.

Manakala Setiausaha PAS Perak, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, ditentang oleh calon BN dari MIC, untuk merebut kerusi Pasir Panjang.

ImageMohamad Nizar yang juga Setiausaha PAS negeri Perak telah menyerahkan kertas pencalonannya pada jam 9.10 pagi, lima bantahan telah dikemukakan tetapi piihak Pengurus SPR mengumumkan dan mengesahkan tidak ada borang pencalonan yang ditolak.

Di kawasan Perak Tengah pula, Ahli Jawatankuasa Dewan MUslimat PAS Pusat yang juga Ketua Muslimat PAS Parit, Dr. Najihatussalehah Ahmad ditentang oleh muka baru dari BN, iaitu Mohd Nizar Zakaria untuk merebut kerusi Parlimen Parit.

Manakala Ketua Pemuda PAS Parit, Ustaz Mohamad Isme Mat Taib ditentang oleh Ketua Umno Bahagian Parit, Dato' Zaim Abu Hassan.

Di kawasan Bukit Gantang, calon PAS Haji Roslan Shaharum ditentang oleh Dato' Azim Zabidi bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Ali Musa ditentang oleh calon BN, Dato' Rusli Husin untuk merebut kerusi Trong.

Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki bertanding di Dun Rungkup menentang calon BN, Shaarani Mohamed.

ImageDi kawasan Parlimen Parit Buntar, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa akan berhadapan dengan calon BN, Dato' Abdul Raman Suliman. Manakala calon PAS bagi kerusi Dun Titi Serong, Drs Khalil Idham Abdullah berhadapan dengan calon BN, Abu Bakar Mat Ali.

Tinjauan Harakahdaily di beberapa tempat penamaan calon saperti di Tapah, Bandar Sri Iskandar, bandar Sri Manjong dan Teluk Intan , ramai dari kalangan bukan Melayu terutama kaum India hadir sama.

Menurut Yang Di Pertua PAS kawasan Tapah, Othman Meseri, kehadiran kaum India mengiring calon-calon PAS, KeADILan dan DAP di luar jangkaan.

"Saya tidak pernah melihat suasana seperti ini di Tapah pada penamaan calon sebelum ini, ini satu petanda yang baik kepada BA," ujarnya. - mks. Search

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive