KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 20, 2008

DOLLAH TERIMA LAH RAYUAN KU INI


‘Beri saya sepenggal lagi’
hmetro.com.my

SEREMBAN: Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyatakan hasratnya mempertahankan kerusi Parimen Jelebu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, pada 8 Mac ini.

Walaupun keputusan di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, namun beliau yang juga Ketua Umno bahagian Jelebu berharap diberi peluang meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu bagi sepenggal lagi.

“Saya berharap dapat diberi peluang sepenggal lagi. Bagaimanapun, kata putus terletak kepada Perdana Menteri...dan selaku ahli parti saya akur setiap keputusan pucuk pimpinan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dr Rais yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memenangi kerusi Parlimen Jelebu sejak lima penggal lalu apabila memenangi PRU 1974, 1982, 1986, 1999 dan 2004 atas tiket Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, beliau yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, Menteri Penerangan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tewas bagi Parlimen itu pada PRU 1990 dan 1995 ketika bertanding tiket Parti Semangat 46.

No2umnO - Soal rayu merayu ni tak heran lagi. UMNO memang cam tu. Kalau tidak, takkan di panggil ORANG UTAN. Soal harga diri dan maruah bukan isu lagi. Soal tanggung jawab dan rekod perkhidmatan bukan perkara utama. Negara boleh jual, apatah lagi maruah. Yang penting, berapa banyak BODEK sudah dilakukan. Itu akan menjamin masa depan seorang calun UMNO. Suruh sujud, mereka akan sujud. Maka kedengaran lah kutukan kepada parti pembangkang bukan ikhlas tapi sebenarnya kerana pencalunan. Lagi banyak kutuk, lagi cerah masa depan. Bila tiada pencalunan, maka kutuk itu akan berpatah balik kepada UMNO.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive