KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 20, 2008

Hutang makin banyak, DOLLAH kata ekonomi kita baik.


Pemilik kad kredit gagal jelas tunggakan RM21.6b. Itu kata Utusan Meloya.

Bukan nak cerita pasal kredit kad, tapi keadaan ekonomi kita. Hari ini aku mengikut teman untuk menukar keretanya. Kereta lama ditukar baru. Bukan mewah tetapi sekadar tidak mahu berhadapan dengan masalah. Kenderaan sudah digunakan hampir 12 tahun dan ini lah peluang untuk cuba yang baru. Kalau ditunggu lama lagi, harga kereta akan semakin jatuh. Tapi tukar bukan pada yang baru, cuma kereta 2nd hand. Lebih cantik dari yang dipakai sekarang.

Mencari ansuran bulanannya yang lebih murah. Kalau dahulu bayar RM800.00 sekarang kena tukar kepada RM400.00. Setelah di tolak deposit hasil jualan kereta lama.

Sudah ada kereta yang berkenan. 2 hari mencari, baru jumpa. Pekedai terdesak mahu menjual. Makanya harga dikurangkan sebanyak RM2,000, Menurut mereka, selepas pilihanraya, pinjaman kenderaan akan dikurangkan. Kalau kenderaan berharga RM50 ribu, kebiasaan pinjaman adalah RM45 ribu (90% dari harga kenderaan) tapi lepas pilihanraya nanti dikhabarkan pinjaman akan semakin berkurang. Silap silap kata mereka, cuma 70% ke 85% dari jumlah harga kenderaan. Ini bermakna setiap pembeli perlu membayar lebih deposit untuk membeli kenderaan. Jualan kenderaan akan semakin merudum. Peniaga kereta terpaksa juala kenderaan seadanya. Tidak boleh simpan stok yang banyak di dalam kawasan. Lagi banyak yang tinggal, lagi rugi mereka akan hadapi.

Teman aku itu, membeli kenderaan lamanya dahulu pada harga RM120,000. Ketika itu mewah, tapi sekarang sudah parah. Sudah 12 tahun digunakan dan sekarang cuma berharga RM35 ribu. Ok lah jugak. Tapi sedih. Terasa membazir tetapi membeli kenderaan adalah pelaburan yang membazirkan. Tidak seperti membeli tanah atau rumah.

Pergi ke bank untuk berurusan dan menurut pegawai bank tidak ramai yang memakai kenderaan sudah habis bayar dan mempunyai rekod yang baik. Sekarang ini, satu bulan lewat membayar, nama sudah disenarai hitam. Kalau mahu nama putih kembali, bayar tunggakan dan baru boleh berhutang lagi. Tapi ramai yang tersadai dengan masalah ini. Bukan setakat tersadai, malah sudah terlentang dan pensan.

Merujuk kepada jumlah hutang kad kredit yang mencapai ke jumlah RM21.6billion tertunggak seperti yang dinyatakan oleh akhbar, menjelaskan kepada kita memang ramai yang bakal muflis. Kalau dah muflis, maka tidak lah boleh menggunakan perkhidmatan bank, dan tidak lah boleh membeli harta lagi kecuali dengan cara tunai. Kalau dah muflis, masakan boleh membeli secara tunai. Kalau rakyat ada wang, tidak lah muflis namanya.

Menurut pegawai itu lagi, banyak pinjaman tidak dapat diluluskan kerana senarai hitam. TIdak mampu bayar kenderaan, gagal bayar ansuran rumah, kad kredit dan macam macam lagi. Tapi kerajaan kata, ekonomi kita baik. Apa yang baik? Aku tak tahu dan aku bertanya kepada pegawai itu tentang keadaan ekonomi hari ini dan katanya, urusniaga lembab. Ramai yang tidak mampu bayar digalakkan untuk membuat tempoh pinjaman. Dipanjangkan dan bayaran bulanan dikurangkan. Perkhidmatan itu sudah ada tetapi yang untung tetap bank kerana FAEDAHnya ditinggikan.

Siapa kena? Sudah pasti rakyat MARHAEN seperti kita. Dan setelah semua selesai. Aku dan teman pun bergerak keluar dengan kepala yang berkecamuk. Jelas kepada kita bahawa berita tentang ekonomi negara, indah khabar dari rupa. Kononnya mahu tunjuk negara maju tapi aku percaya kalau kerajaan terus menipu, rakyat bukan sahaja miskin tetapi harta yang tinggal hanya lah sehelai baju. Tidak percaya....? Undi lah BN, hidup anda akan sengsara....InsyaAllah.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive