KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 17, 2008

ADA PIHAK GUNA LOGO PAS AJAK PERHIMPUNAN HARAM

harakahdaily

(...)Risalah itu juga dilihat sebagai provokasi yang boleh menjejaskan perpaduan kaum di negeri ini, malah orang yang menentang kerajaan PAS di Perak disifatjkan sebagai kafir.

"Risalah yang tersibar ini amat bahaya, ia boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini, sedangkan kerajaan yang dibentuk nanti adalah kerajaan campuran bukan Kerajaan PAS," ujar Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Rahman Abdul Samad.

"Jelas sekali risalah arahan PAS Perak tidak ada tanda tangan pimpinan PAS Negeri, ini menunjukkan risalah `haram' itu sengaja dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang tidak senang dan iri hati dengan kemenangan Barisan Alternatif dan DAP," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang menerima risalah tersebut supaya tidak terpengaruh dengan dakyah jahat pihak tertentu yang mahu mencetuskan huru-hara di negeri ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan risalah tersebut dicetak dan diedarkan oleh pihak Umno yang mahu menggagalkan pembentukan kerajaan campuran di negeri ini.

Pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini DAP memenangi 18 kerusi, PKR tujuh kerusi dan PAS enam kerusi, bagi membolehkan pembentukan kerajaan campuran dengan majoriti mudah.

Selain risalah `haram' yang diedarkan itu, pihak tertentu dipercayai telah mengangkut semua barang dan perkakas dari dewan orang ramai di negeri ini sebaik sahaja mereka mengetahui BN `tumbang' di negeri ini pada 8 Mac lalu. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive