KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 17, 2008

ARAHAN HISAMUDDIN PADA PEMUDA UMNO

Pemuda negeri diarah mesyuarat segera
Utusan Merapu

KUALA LUMPUR 16 Mac - Semua Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri diarah mengadakan mesyuarat di peringkat negeri masing-masing segera sebelum mesyuarat Exco Pemuda yang dijadual diadakan selepas pengumuman barisan Kabinet, Selasa ini.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mesyuarat di peringkat negeri ini amat penting bagi membolehkan ketua-ketua Pemuda negeri mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada akar umbi untuk dikemukakan kepada mesyuarat Exco nanti.

''Setiap ahli Pemuda UMNO di peringkat akar umbi telah diminta untuk menyalurkan pandangan mereka melalui ketua-ketua Pemuda negeri.

''Pandangan-pandangan mereka akan dibawa ke mesyuarat Exco Pemuda nanti,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Menurut Hishammuddin, segala keputusan dalam mesyuarat Exco Pemuda nanti akan mencerminkan pandangan serta maklum balas daripada akar umbi, khususnya berkenaan isu pilihan raya,'' katanya.

Sehingga kini, kata beliau, Pemuda UMNO negeri yang telah menjalankan mesyuarat mereka ialah Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive