KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 17, 2008

PEJABAT MB KEDAH TINGGAL PERABUT DAN 1 KOMPUTER

Kerajaan negeri Kedah cadang buat aduan polis mengenai kehilangan fail
mstar

ALOR STAR: Kerajaan Kedah akan meminta pandangan Penasihat Undangundang Negeri untuk mengambil tindakan undang-undang mengenai "kehilangan" fail-fail penting kerajaan, kata Menteri Besar Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, kerajaan kesal dengan kejadian itu dan perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada Rabu ini.

"Kita serahkan kepada Anggota Exco terlibat dan Penasihat Undang-undang untuk membuat aduan polis atau kepada BPR", kata beliau kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negeri Datuk Syed Ismail Syed Azizan di pejabatnya di sini, pada hari Isnin.

Katanya, beliau sendiri terkejut apabila memasuki pejabat Menteri Besar yang lengang dan cuma terdapat meja, kerusi dan seunit komputer riba.

"Kita kesal pihak yang "melarikan" failfail milik kerajaan dan dan kita mahu perkara ini disiasat dan saya juga telah memaklumkan kejadian ini kepada Ketua Polis Negeri semasa kunjugan hormat tadi", kata beliau.

Azizan berkata, kerajaan baru pimpinan PAS-Parti Keadilan Rakyat akan menunaikan janji untuk mewujudkan kerajaan sifar rasuah dan mengamalkan dasar telus dalam segala aspek pengurusan.

1 comments:

Anonymous said...

Fail2 pejabat Tok Det kalau nak tau kena tanya Penolong Setiausaha Sulit KDYMM Tuanku Sultan Elmi Yusoff .. dia yg izinkan fail2 tu disorokkan dlm pejabat KDYMM agar org tak sedar dan tak berani geledah. Saya tak pasti fail2 tu dah dikeluarkan atau tidak. Terlibat sama adalah CC Pejabat KDYMM Tuanku SultanKak Saodah. Minta YAB Ustaz buat siasatan. Saya bukan fitnah tapi lebih terasa serba salah nak rahsiakan hal ini kerana melibatkan wang rakyat .. tu yg saya dedahkan

Posting terkini

Blog Archive