KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 4, 2008

DERIS JUSOH DAH GILA

Stadium Silat Di Jadikan Pejabat : Dua Stadium Mega di Bina
almuslimin2

Memang membazir dan dasar pembangunan yang tidak masuk akal tetapi itu adalah OK bagi MB Terengganu ,Deris Jusoh. Stadium Silat ini telah di bina semasa pemerintahan BN Wan Mokhtar dan di gunakan sekali saja untuk Pesta Silat Nusantara. Selepas ia ditinggal tidak di guna dan akhirnya ia di jadikan PEJABAT SUKAN NEGERI. Cuba bayangkan bagaimana kerajaan BN dengan sewenang wenang nya mengguna duit rakyat hanya untuk satu sport event dan kemudian membiarkannya kosong.

Ini adalah bukti yang NYATA dasar BN negeri dan pusat yang sanggup membina apa saja, samaada bangunan, monumen, corridor, taman dan stadium bukan untuk keperluan masyarakat sebenar tetapi sebagai SUMBER kroni umno menyalurkan duit kerajaan kedalam saku mereka. Maka mereka bersyarahlah kononnya untuk memajukan sukan, memajukan pelancungan, memajukan remaja tetapi yang pentingnya ialah memajukan harta curian mereka.

Sudahlah Stadium Silat tidak di guna dan di tukar kepada pejabat, mereka membina pula dua stadium gergasi yang memakan ratusan juta duit rakyat Terengganu dan kita tidak tahu berapa kali kah sport event yang besar akan di adakan di stadium in dalam setahun, Namun bagi Deris cap ayam , yang pentingnya duit mesti masuk ke poket nya dan kroninya walau pun stadium itu membazir dan merugikan duit rakyat. Mungkin Deris Cap Ayammasih boleh ber loyar buruk , stadium itu adalah saperti catalyst pelancungan untuk memberi keuntungan kepada Terengganu. Kita hanya perlu beritahu kepada Deris cap ayam , 'shut up' and hentilah pembohongan kamu yang meloyakan.

Begitu lah nasib rakyat Terengganu . Sudahlah UMNO menyambar kerajaan pilihan mereka dengan penipuan SPR, sekarang mereka di layan saperti rakyat jajahan, yang tidak ada langsung kuasa untuk mencorak pembangunan negeri yang menguntungkan mereka dan mengeluarkan mereka dari kancah kemiskinan. Membina stadium mega di negeri miskin saperti Terengganu serupalah dengan langkah membina stadium di Bangladesh dan mengharap stadium itu akan memberi sumber rezeki kepada penduduk. Bagi Deris Cap ayam , kekuasaaan yang di beri kepada nya oleh rakyat Terengganu adalah hak nya dan ia bebas membuat apa saja tanpa segan dan malu.

Saya berfikir sendirian, apa kah yang menyebabkan seorang anak kampong saperti Deris Jusoh boleh jadi rakus dan pembohong sekarang , kalau tidak dengan ajaran sesat UMNO dan BN. Saya yakin itulah punca sebenar manusia Melayu menjadi jahat, celupar, rakus , angkuh dan pembohong.

1 comments:

Anonymous said...

Gilo sungguh Mat Derih ni...
Cipan & Tenuk sungguh engkau ni..

Posting terkini

Blog Archive