KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 22, 2008

PIHAK ISTANA TAK HADIR !!!

Sambutan Maulidur Rasul Terengganu tanpa kehadiran istana
Utusan Meloya

KUALA TERENGGANU 21 Mac – Majlis sambutan Maulidur Rasul di Terengganu tahun ini agak berbeza apabila ia dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Idris Jusoh dan bukannya sultan sebagaimana kebiasaan.

Malah, Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raka (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman yang dijemput merasmikan majlis tersebut di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man di sini malam tadi juga tidak hadir.

Idris tiba bersama isteri, Toh Puan Seri Che Kamariah Zakaria di Dewan Konvensyen TTI kira-kira pukul 9 malam selepas solat Isyak di Masjid Kristal.

Dalam ucapannya, beliau menyeru rakyat terutama golongan muda supaya mencontohi kejayaan Nabi Muhammad dalam melahirkan sebuah tamadun yang hebat.

Beliau berkata, dalam hubungan ini kerajaan negeri sedang berusaha melahirkan generasi Ulul Albab atau generasi pemimpin masa depan mengikut ajaran Islam sebenar.

‘‘Kita harus menjadikan Nabi Muhammad sebagai model dan personaliti pemimpin agama dalam melahirkan generasi muslim yang berjaya,” kata IDRIS JUSOH.

Kira-kira 4,000 orang menghadiri majlis tersebut termasuk Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid.

Majlis bertemakan Penjana Ummah Gemilang itu dimulakan dengan persembahan rawi dan selawat oleh sekumpulan pelajar sekolah menengah di sini.

No2umnO - Banyak persoalan yang timbul. Kenapa tak hadir? Siapa suruh Idris rasmi? Pemimpin contohi Nabi Muhammad saw? Hai pening pening Terengganu nihhh.....

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum,

Dia org nie semuanya munafik. nak suruh ikut cara Nabi Muhammad S.A.W. tapi pandai2 plak buat islam hadhari. pucuk pimpinannya dah tersimpang yang ikut "nabi hadhari" pun sama2 jadi munafik. mcmana nk betul? hapuskan "nabi hadhari" dan fahamannya barulah blh ikut cara Nabi Muhammad S.A.W.

Sekian, Wassalam.

Posting terkini

Blog Archive