KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 27, 2008

Takkan ada Pilihanraya Kecil di Terengganu. Percayalah!!!

azzlie.blogspot

Pelbagai drama panas dan hangat di pasaran dipertontonkan kepada rakyat Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Berdegung-deganglah negeri Terengganu diperlakukan oleh puak-puak Ameno dan Barisan Nasional. Dan join sekaki lah mangkuk-mangkuk hayun yang tak de kena-mengena dengan negeri Teganu - Ku Nan, Ghani Pak Tail dan sebaris dengannya. Kutuk-kutuk al-Sultan negeri dan majlis penasihat negeri sesuka hati mereka. Kononya tak tahu perlembagaan negeri dan negara.

Maka diberitakan oleh Derih melalui orang kanannya iaitu Rosol geng ulu Ganu - seluruh adun-adun Ameno yg. 22 orang ini sokong supaya Derih jadi menteri Besor. Maka berkumpullah askor2 upahan dari Besut dengan bawa banner yang macam2 jenis nak memperlihatkan sokongan rakyat kepada Derih kononnya. Dan 'natang-natang' nih bawa mesej yang dipertontonkang kepada seluruh negara yang jelas mesejnya menderhaka kepada Sultan al-negeri Terengganu Darul Iman.

Walhasilnya, maka bertemulah memanda Menteri Malaysia yang terjaga dari tidurnya dengan Al-Duli Sultan Yang Dipertuan Agong. Maka ditanyakan dimanakah gerangannya diletakkan duit Royalti yang telah di new brandkan kepada 'wang ehsan' sebanyak RM1 billion itu. Dan sesuai dengan slogan Derih, orang ganu akan melihat pembangunan yang tak pernah dilihat sebelum ini, maka memang orang ganu tak pernah tengok hasil nya duit RM1 billion ini. Maka hiduplah rakyat-rakyat Ganu seadanya dan ditabalkan sebagai negeri kedua termiskin di Malaysia keseluruhannya.

Namun begitu, rakyat Teganu masih teramat kasih akan parti kesayangan mereka dan tidak kisah akan kemana hilangnya hak mereka. Tetap berikan undi mereka kepada al-parti yang dikatakan hanya mereka berupaya mampu menjamin masa depan rakyat teganu, yang mana memaklumkan bahawa bukan tuhan yang menjamin masa depan mereka sekaliannya.

Dan drama ini berterusan kini. Ketiga 'natang' yang bermastautin di Teganu nih, dilucutkan Datuknya iaitu Derih, Rosol dan Ding Adam. Sepatutnya dibuang sahaja ke Pulau Bidong, yang mana menempatkan geng-geng pelarian Vietnam satu masa dulu. Dan sesuai lah mereka itu jadi monumen sahaja seperti monumen yang ada di pulau tersebut. Dan tidaklah al-pelik dan ajaibnya nanti, tetiba sahaja Yang Berhormat negeri Teganu yang 22 orang itu akan tiba-tiba sahaja menyatakan sokongan mereka kepada Mad Said (samseng kg Kijal itu). Sambil datang memeluk-meluk dan mencium-cium akan pipi Mad Said itu. Tak ada yang ajaib dan peliknya kerana memang itu budaya mereka. Siapa yang ada kuasa dan duit, itulah raja mereka.

Dan drama di negeri Teganu Darul al-Iman ini akan berterusan. Dan kita lihat sahajalah, bahawa undi tidak percaya itu tidak akan jadi kenyataan pun. Maka sedeh hatilah akan rakyat-rakyat dan pimpinan barisan rakyat. Nok buat ganer, nasik dah jadi bubur. Orang ganu gok lah yang pilih 'natang-natang' nih jadi pemimpin mereka. Nak menyesal ?? Dah terlambat. Akan berubahkah carta hit no.2 itu, atau akan naik ke no. 1?? Tunggu dan lihat saje lah. Sesungguhnya kami hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Dan Dia sahajalah yang memberi kemuliaan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dan memberi kehinaan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.

1 comments:

Pak Ma'on said...

ha ha apa lah diorang ni...duit tu tak bole bawak masuk dalam rumah baru yang 6 kaki tu nanti...dah memimpin tu, pikul le amanah tu dengan tanggungjawab...nescaya rakyat akan memilih anda lagi nanti...

Posting terkini

Blog Archive