KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 6, 2008

Ahmad Tajuddin belum terima surat pemecatan

Utusan - Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, beliau belum menerima sebarang surat pemecatan ekoran kenyataannya semalam yang meminta semua ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO meletak jawatan.

Menurutnya, sehingga lewat petang ini, pihaknya masih menunggu keputusan daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung perkara tersebut.

''Saya tunggu sahaja apa keputusan yang dibuat Menteri Besar," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Tajuddin memberitahu, beliau akan dipecat setelah kenyataan lantangnya itu disiarkan dalam Utusan Online.

Dalam kenyataannya semalam, Ahmad Tajuddin berkata, langkah ahli-ahli MT UMNO meletak jawatan sejajar dengan Fasal 9.11 Perlembagaan UMNO iaitu jika semua ahli MT berhenti serentak Pengerusi Tetap atau timbalannya perlu mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MT dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive