KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 6, 2008

Isu Tanah - Apakah DKI Terlibat Sama?



Tranungkite
(...) Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pernah menitahkan "Habis dah tanah negeri Selangor" sebagai menyatakan kekesalan baginda terhadap kemelut masalah penyelewengan tanah yang berlaku di Selangor ini. Ianya seakan telah menjadi satu barah yang tidak langsung mahu diselesaikan sejak sekian lama oleh mereka yang telah diberikan kuasa oleh rakyat jelata.

Mantan Menteri Besar Selangor Dato' Seri Mohamad Khir Toyo di dalam kenyataan memberitahu bahawa masalah penyelewengan tanah yang dilaporkan baru-baru ini adalah berpunca daripada masalah dalaman yang melibatkan pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) itu sendiri tanpa melibatkan mana-mana exco.

Tambah beliau lagi, kes penipuan berkaitan tanah melibatkan sindiket-sindekit dengan kakitangan atau Pegawai di Pejabat Tanah dan Daerah memalsukan nama-nama pada geran tanah. Malahan akuinya lagi bahawa perkara ini telah berlaku sejak sebelum beliau menjadi MB Selangor lagi.

Komen Blogger :

Kalau Mantan MB Selangor tersebut tidak melakukan apa-apa penyelewengan, tiada apa yang perlu dibimbangkan sehingga beriaya-iya benar menjelaskan kepada wartawan tentang bagaimana penyelewengan tersebut berlaku. Kalau dah tahu adanya penyelewengan, mengapa perlu disimpan fail tersebut? Apakah beliau sendiri tidak terlibat sama seperti aduan rasuah oleh anggota UmNO Sungai Besar pada 14 Feb 2008 lalu. Aduan Sdr Ahmad Lutfi pada 23 Oktober 2001 di BPR Putrajaya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Bagaimana pula dengan kes seorang pegawai muda PTG yang baru berusia 26 tahun dan tak sampai 3 tahun bekerja telah memilik wang simpanan hampir setengah juta ringgit selain daripada harta dan kemewahan yang melebihi daripada kemampuannya? Adakah ia merupakan kes yang terpinggir juga sedangkan beliau sebagai ketua kerajaan negeri yang mempunyai kuasa untuk mengelakkan perkara yang seumpama ini daripada berlaku. Sehingga ke hari ini kita tidak mendengar apa-apa tentang kes tersebut. Mana perginya maruah kerajaan negeri yangmana tanah-tanah di Selangor begitu bebas diperdagangkan untuk kepentingan masing-masing? more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive