KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 9, 2008

SATU LAGI PEMBAZIRAN

Ketua Kampung di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Kerajaan Persekutuan akan terus membayar elaun sebanyak RM400 seperti sebelum ini kepada kesemua Ketua Kampung berkenaan.
UTUSAN LOYA - Semua Ketua Kampung dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di empat negeri yang dikuasai parti pembangkang akan diletakkan di bawah satu jawatankuasa yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, jawatankuasa baru itu diwujudkan atas permintaan Ketua Kampung sendiri yang mahu terus berkhidmat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun pentadbiran negeri diambil alih oleh pakatan pembangkang.

Beliau berkata, jawatankuasa itu sudah dibentuk tetapi namanya belum dimuktamadkan dan ia akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan dalam tempoh terdekat.

‘‘Nama jawatankuasa itu belum sah lagi tetapi nama yang dicadangkan oleh UMNO Perak ialah Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) manakala Ketua Kampung sedia ada akan menjadi pengerusi kepada jawatankuasa tersebut dan elaun mereka akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan termasuk elaun mesyuarat.

‘‘Mereka adalah orang yang sama dalam JKKK sekarang, cuma nama yang bertukar dan mereka juga akan memainkan peranan seperti sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan 817 bekas Ketua Kampung Perak di Institut Latihan Kemas di sini hari ini. more...

No2umnO - Rakyat dipaksa membayar Gaji JKKK ini .... ? Macam macam idea jahat kerajaan. 817 ketua kampung serta 11, 438 menjadi jumlah 12, 255 orang semuanya. Jumlah elaun sebulan, RM4.902 juta sebulan. Dan setahun RM58.824 juta. Itu diPerak sahaja. 2 Ketua kampung di dalam sebuah kampung, sungguh tidak logik dan tidak pernah berlaku? Adakah anda izinkan wang anda digunakan untuk tujuan ini? Wak takkan izinkan walau satu sen pun.

4 comments:

Kuda Lempoyang said...

Aku memang malu dengan orang kampong aku nih. Tak reti reti terima kekalahan. Dia ingat duit atok dia bayar elaun ke? Kak Wan Azizah - hanya kaulah harapan aku untuk menyekat pembaziran ini. Memang aku tak halalkan elaun depa. Tahun lalu saja aku bayor cukai pendapatan 42 ribu. Jangan ada duit aku kasi makan depa. Aku sumpah jadi cacing. Udahle makan elaun haram, tugasnya sudah pasti memecahbelah dan perintah masyarakat setempat

Anonymous said...

Depa nie dah melalut nie...itu tandanye hanya manjaga kepentingan parti berbanding pembangunan rakyat keseluruhannya. Bayar kepada mereka yang tidak mahu bekerja untuk rakyat tapi hanya parti....giler!!!

Anonymous said...

kt kelantan dah lama dh depa buat mcmni..kalau nk anak dpt pinjaman buku teks@biasiswa@pinjaman pi jumpa penghulu umno..tandatgn n cop penghulu PAS xlaku..
-anak kelantan..

Anonymous said...

uh, btoi tu..duit aku, aku punya la...nape nak bagi kt diorang???

Posting terkini

Blog Archive