KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 18, 2008

Bagaimana DNA dapat dimanipulasi?

http://static.howstuffworks.com/gif/dna-2.jpgtranungkite |Ketepatan DNA dalam menentukan identiti seorang individu jangan disangkal. Hanya dengan DNA dapat menjadi bukti dalam apa jua kes siasatan. Dalam apa-apa kes jenayah, walaupun tidak melibatkan kes kematian, pembunuhan, rogol dan sebagainya, DNA dapat membantu dan membuktikan identiti individu yang terlibat dan membuktikan sama ada menjadi pesalah mahupun bukan pesalah dan anda boleh dipersalahkan!

Sampel DNA boleh didapati dari setiap inci badan manusia. Bukan hanya dari darah, malah dari rambut, bulu roma, air liur, mani, sel kulit, kuku dan sebagainya. Di negara-negara barat, polis menyimpan data-data DNA warganya lebih-lebih lagi bagi penjenayah-penjenayah yang telah dikenalpasti sebagai rekod tindakan polis.

Oleh kerana itu, di Malaysia dan dimana-mana negara, setiap warganya mempunyai hak untuk tidak membenarkan mana-mana pihak mengambil sampel DNA seseorang individu kecuali individu itu diperincikan tujuan DNA itu diambil dan relevannya dengan siasatan agar DNA ini tidak dimanipulasikan sewenang-wenangnya. Ianya bertujuan menghalang perbuatan mensabotaj dan berlakunya pengkhianatan.

Sebagai contoh mudah, anda adalah suspek (telah direman dan sebagainya) dalam satu tuduhan rompakan bank. Dalam kejadian tembak-menembak, anda telah ditembak di kaki. Darah menitis di lantai dan anda berjaya melarikan diri semasa hari kejadian.

Polis Jenayah Siasatan Tempat Kejadian telah mengambil sampel darah dan mengenalpasti milik DNA. Setelah siasatan, terbukti DNA itu adalah milik anda dan membuktikan anda adalah orang yang terlibat dalam rompakan itu.

Itupun jika siasatan polis telus dan memperincikan perkembangan siasatan dari semasa ke semasa. Sentiasa membuat sidang akhbar dan memaklumkan perkembangan dan keperluan sebenar DNA anda di ambil.

Jika ketelusan ini tidak berlaku, perkara manipulasi dan sabotaj terhadap bukti DNA boleh berlaku. Bagaimana manipulasi ini berlaku?

Anda tidak pernah terlibat dalam apa-apa rompakan. Anda seorang yang baik. Disenangi oleh orang kebanyakkan. Tetapi ada beberapa kerat manusia yang tidak suka anda, dengki dan berniat jahat terhadap anda. Mungkin anda terlalu kacak (contoh) maka ada yang iri hati. Orang yang berniat jahat ini mempunyai kuasa dan mempunyai pertalian baik dengan polis.

Maka, polis yang tidak pernah memaklumkan siasatan dengan terperinci ini, tiba-tiba mengatakan DNA anda diperlukan untuk siasatan. Anda yang terlalu baik dan percaya kerana tidak mahu dikatakan takut kerana salah, berani kerana benar, merelakan DNA anda diambil. Sekaligus memerangkap diri sendiri.

Anda dikatakan telah berada di tempat rompakan kerana DNA dari darah yang dijumpai di tempat kejadian adalah bertepatan dengan DNA anda. DNA dari darah asal telah dimusnahkan bagi menghilangkan bukti. Maka merengkoklah anda terhadap jenayah yang anda tidak lakukan.

1 comments:

Anonymous said...

Bukan setakat DNA sahaja boleh dimanipulasi, specimen air kencing yang diambil untuk tujuan menentukan samada positif dadah pun boleh dimanupulasi.Kita hanya boleh melihat ujian air kencing itu diambil tetapi adakah kita boleh mempastikan ianya tidak dicemar sewaktu tempoh penyimpanannya? Disinilah berlakunya penganiayaan dan rasuah wang.

Posting terkini

Blog Archive