kampusnegara | ...Mengaibkan! Itulah rumusan yang boleh dikaitkan dengan peristiwa penyuraian secara aman terhadap demontrasi yang cuba dilakukan kumpulan aktivis mahasiswa di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya lewat tengahari semalam.
Persoalan besar yang perlu ditanya, mengapakah dengan mudah suara mahasiswa disenyapkan dengan tindakan polis yang meminta mereka bersurai. Tiada tangkapan, simbahan asid mahupun pukulan cota dikenakan terhadap mahasiswa dalam demontrasi itu.
Benarlah telahan umum bahawa mahasiswa hari ini sudah hilang taringnya. Mahasiswa sudah beriman dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan juga suasana ‘complecent zone’. Aktivis mahasiswa masih takut untuk menjadi suara ketiga selepas kerajaan dan pembangkang. Mahasiswa ibarat hidup mati segan tak mahu.
Tindakan konkrit perlu difikirkan oleh pimpinan kampus, bukannya sekadar memikirkan masalah dalaman kampus dan dijaja ke peringkat luar. Kita perlu sedar bahawa aktivis mahasiswa sudah hilang nilai dan juga ketuanan mereka dalam memperjuangkan isu-isu rakyat dan kemahasiswaan.
Bercakap sekadar tidak kurang 3 minit dan selepas itu bersurai. Sememangnya kondisi ini sekiranya diceritakan kepada rakan-rakan kita di Indonesia, pasti akan ditertawakan oleh mereka. Ibarat langit dan bumi antara kita dengan mereka. Peristiwa penembakan di Universiti Trisakti dan juga di Jambatan Semanggi yang hanya dua kilometer dari Gedung Majlis Perwakilan Rakyat (MPR), jelas menggambarkan semangat jihad mereka dalam melawan kezaliman pemerintah.... selanjutnya.
Jul 20, 2008
Polis VS Mahasiswa...1- 0
Labels: Anwar Ibrahim, Parti Mahasiswa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Let cops decide, so shut up Pak Lah!
Malaysiakini | Karpal Singh has warned Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi and his ministers not to volunteer unsolicited comments that may compromise police investigations into PKR de facto leader Anwar Ibrahim’s alleged sodomy offence.
The DAP chairperson said in a statement today that he was shocked by Pak Lah's challenge to Anwar to prove his innocence in this controversial allegation by giving his DNA sample.
“It is elementary that under our system of law, it is not the PM who considers the result of an investigation but the police who are required to put up investigation papers to the Attorney-General.
“It is wrong for the PM to publicly challenge Anwar to disprove the allegation of sodomy against him.
“The PM should hold his piece and not publicly direct and influence police investigation,” he said.
Pak Lah's remarks unwarranted
Anwar was arrested on Wednesday over sodomy allegations levelled against him by his ex-aide Saiful Bukhari Azlan.
The former deputy prime minister had refused to give a DNA sample on grounds that the sample could be tampered with.
He will not consent to giving a DNA sample even if the police obtain a court order unless stringent conditions are met.... selanjutnya.
Labels: Dollah bedol, Karpal Singh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ezam tidak membantu UMNO
umnoreform | Isu tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim perlu diselesaikan segera sebelum perkara ini merebak mengganggu keharmonian negara. Tuduhan ke atas Anwar Ibrahim setidak-tidak memberi menggangu-gugat kestabilan negara baik dari segi sosial,ekonomi dan politik. Kelewatan memberi ruangan untuk Anwar untuk terus memperkatakan ini satu konspirasi yang terus memburuk-burukkan keadaan. Sehingga hari ini media-media Internet yang menyokong pakatan pembangkang berterusan memberi ruangan sokongan dan ini telah banyak mempengaruhi senario semasa. Sokongan Anwar dalam Internet semakin kuat dan sokongan ini telah melibatkan statistik tidak konklusif dari laman web terkemuka Malaysia seperti – www.malaysiakini.com.
Dalam kemelut serangan dan tuduhan ini satu konspirasi kemunculan Ezam Mohd Nor tidak membantu UMNO malah lebih buruk lagi membawa UMNO ke kancah perjuangan politik peribadi beliau. Marah beliau atau benci beliau kepada Anwar Ibrahim – mungkin atas kapasiti tidak puas hati dengan pengendalian Anwar Ibrahim atas Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat telah kita mengheret UMNO dalam agenda beliau. Ini tidak akan menguntungkan UMNO malah ini sebenarnya merugikan UMNO.... selanjutnya.
Labels: belit ezam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Reformasi bergema semula?
umnoreform | ...memimpin perlu berhati-hati. Sebarang langkah yang tidak menampakkan ketelusan perlu diselesaikan agar rakyat yakin atas sebarang tindakan yang mahu diambil ke atas Anwar Ibrahim biar dia berada dipihak yang benar atau tidak.
Apa yang ada hari ini adalah keyakinan mereka yang menyokong Anwar Ibrahim terhadap sistem yang ada. Mereka mencurigai kerajaan. Mereka mencurigai badan kehakiman dan Jabatan Polis. Adakah salah mereka mencurigai kedua-dua badan ini? Sekiranya Polis Di Raja Malaysia tidak diragui, pasti Anwar tidak akan mendapat sokongan. Pasti mereka yang menyokong Anwar akan menyerahkan kepada polis secara keseluruhan untuk menyiasat kes ini. Sehingga hari ini, yang menjadi masalah ialah kepercayaan mereka terhadap Institusi ini. Mereka ragu campur tangan kuasa-kuasa politik dalam isu ini.
Adakah mungkin mereka yang terlibat dalam reformasi tahun 1998 lupa. Kalau golongan reformasi sewaktu itu berumur 30 tahun – hari ini mereka berusia 40 tahun dan pasti ingatan mereka masih segar lagi. Mereka pasti sedar dan bertanyakan khabar Azizan Abu Bakar yang membuat tuduhan liwat pertama. Apa pula khabar Umi Halfida yang membawa cerita anak Azmin Ali itu adalah anak Anwar Ibrahim? Bagaimana pula Lim Kong Boon, pakar DNA – membuang sampel dan akhirnya proses itu dibuang oleh mahkamah. Bagaimana pula Agustine Paul ?... selanjutnya.
Labels: reformasi 2
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kalau Anwar di"AMBUSH" Polis Bertopeng.. Nasib BalaSubramaniam??
tranungkite | ....Anwar bukan sahaja bekas Tmbalan Perdana Menteri, malah kini dia adalah Penasihat Parti Keadilan dan Pakatan rakyat yang menawan 5 negeri, namun layanan Polis Malaysia dibawah Umno ala keBinatangan!! dalam keadaan Media merekod kenyataan Anwar yang mahu segera ke IPK KL mereka masih mahu memalukan Anwar dengan penahanan ala skuad MOSSAD Israel!! itu Anwar, bagaimana nasib Bala Subramaniam? tidak mustahil polis bertopeng digunakan!! bukan sahaja pada diri Bala Subramaniam , malah ahli keluarganya. kalau keluarga Anwar boleh diganggu, inikan keluarga Bala Subramaniam.
sebelum ini anggota polis yang membuat tuduhan pada musa Hassan ayang dikenali team datuk Ramli yusof juga ahli keluarganya pernah ditahan Bpr dan Polis. maka tidak mustahil ia berlaku kepada Bala Subramaniam yang tidak mempunyai apa apa jawatan dan menarik perhatian media. boleh jadi skuad bertopeng ini juga menyerbu rumah Bala? ahli keluarganya diacu dengan senjata berat. dan skuad ini melarikan dia dan ahli keluarganya keluar dari Malaysia atau bersembunyi di Lokasi eahsia Polis.
Kalau dalam keadaan terang Skuad Polis bertopeng menahan Anwar dinafikan Musa Hassan dan Bakri Zinin, inikah tindakan yang tidak ada saksi media yang dilakukan keatas Bala dan keluarganya. Ingat dihari Anwar mengadakan sidang media bersama Bala Subramaniam pada jam 11, Datuk seri Najib tidak menafikan tuduhan pada waktu tengah hari, tetapi pada waktu magrib dan ketika Buletin Utama sedang disiarkan. kenapa Najib tak nafikan lebih awal, atau Najib berani menafikan setelah mendapat lampu hijau yang Bala dan keluarganya kini sudah di tuning over atau sudah berada dalam tahanan Polis. Ingat, peguam Bala merekodkan Bala hilang dalam jam 4 petang. sejak itu peguamnya gagal memnghubungi Bala melalui telefon. dan akhirnya pada kesokan paginya dia membuat sidang media dalam keadaan tertekan dan sugul yang mengambil masa hanya 10minit dan terus menghilangkan diri. kalau tidak anak saudaranya membuat bising, apakah Nasib Bala selepas itu. Ingat!! Polis kini bukan sahaja berani merogol budak perempuan didalam balai, menggugut tahanan malah ke peringkat mengebom tubuh badam manusia. kalau operasi bunuh ini mungkin sudah jadi biasa bagi skuad Musa Hassan dan Bakri Ziinin.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Balasubramaniam, Belit Polis
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Lebih 6 kali darah saya diambil - Anwar
malaysiakini | ...."(Pada tahun) 2004 ada lagi (contoh) DNA yang diambil daripada saya," katanya.
Oleh itu, katanya, tiada alasan mengapa beliau perlu menjalani ujian itu sekali lagi memandangkan data DNA tidak akan berubah walau tersimpan beribu tahun.
"Sebenarnya contoh DNA yang baru tidak diperlukan tetapi data DNA yang diperlukan. Data tidak akan berubah walau 2000 tahun sekalipun," katanya ketika berucap kepada kira-kira 250 ahli dan penyokong PKR di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi.
Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa DNA Anwar yang baru diperlukan, kerana yang ada sudah lama.
Anwar berkata beliau turut mengikut nasihat peguam dan juga pakar dalam dan luar negara memandangkan bukan sahaja sampel DNA malah darah, kuku dan juga rambutnya turut pernah diambil.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Kurang korum, mesyuarat UMNO cawangan dibatalkan
Malaysiakini | Mesyuarat Umno cawangan Taman Setapak Indah Fasa Satu, bahagian Wangsa Maju yang dijadualkan berlangsung di Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat hari ini terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup korum.
Ketua Umno cawangan merangkap pemangku ketua Umno Bahagian Wangsa Maju Mejar (K) Datuk Zainal Nazeri Zainuddin berkata mesyuarat kali kelima itu sepatutnya bermula hari Sabtu selepas perasmian serentak mesyuarat Umno cawangan Wilayah Persekutuan minggu lepas.
Bagaimanapun, mesyuarat itu terpaksa dibatalkan kerana kehadiran ahli tidak memenuhi korum - 25 peratus dari jumlah seluruh keahlian.
Yang hadir ialah 68 anggota dari jumlah 71 yang ditetapkan.
"Kita akan menunda mesyuarat itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak sejajar dengan peraturan Majlis Tertinggi Umno yang tidak membenarkan mesyuarat dijalankan jika korum tidak mencukupi," katanya kepada Bernama.... selanjutnya.
Labels: UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Istana T'ganu tidak anugerah darjah kebesaran
malaysiakini | Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, esok.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu melalui surat yang diterimanya dari istana berkenaan tetapi beliau tidak mengetahui sebab-sebab upacara itu tidak diadakan seperti sebelum ini.
"Sama ada selepas ini (esok) ada majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran atau tidak, saya tidak pasti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Jet Ski Asean Watercross Super Cup 2008 di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini.... selanjutnya.
Sementara itu ... menurut buletinonline,
Kerajaan negeri telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.
Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli dengan harga RM245,000 dikatakan lebih murah dari harga pasaran, namun tindakan kerajaan Terengganu ‘kontra’ dengan arahan kerajaan pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.
Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mokhtar Nong menyatakan keputusan kerajaan membeli kereta baru tersebut telah dibuat beberapa bulan yang lalu.
Beliau berkata kerajaan membeli kereta tersebut adalah sebagai langkah keselamatan kepada para exco dan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Kenyataan itu seolah-olah menafikan bahawa kereta buatan Malaysia Proton Perdana V6 yang dibeli pada tahun 2004 lalu, tidak lagi selamat dan merugikan jika terus digunakan. - Buletin
Labels: Kerajaan Terengganu, Titah Sultan
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Himpunan berita [19July 2008/Sabtu]
Selangor MB says alleged assault incident involving PKR members resolved | Nst
Ketua UMNO Bahagian Gopeng lepas jawatan | Uloya
Sidang antara agama diakhiri dengan kekeruhan | Uloya
Russian officials with no computer skills risk losing jobs | NSt
Harga minyak naik semula | uloya
Selangor govt has 'lost control', says Muhammad | Star
Nik Aziz slams media over sodomy coverage | Star
Polis tidak akan serah laporan Saiful | uloya
Surau atau pejabat UMNO? | Buletin
Azizah: 'Saya percaya Anwar, satu lagi konspirasi politik' | MStar
Aziz Shamuddin lepas jawatan Ketua Umno Gopeng | Mstar
DNA – Rakyat Tidak Percaya Jaminan Abdullah, Pernah Berbohong Sebelum ini. | Buletin
Little-known Umno branch nominates Najib for party president | Minsider
RM17 juta cipta teknologi baru Hydrofuel | uloya
Lima polis selesai disiasat | Bhairan
Tindakan Dr Tan keluar parti tak gugat MCA | Bhairan
Inul hampir pengsan | Bhairan
Loh dakwa ditampar pembantu Adun | Bhairan
Anwar dakwa sudah beri keterangan cukup | Bhairan
‘Beli dokumen negara’ | Bhairan
Polis boleh guna sampel DNA diambil pada 1998 | Bhairan
Timbalan KP Imigresen, adik ipar bebas reman | Bhairan
AS diingatkan lagi jangan campuri urusan Malaysia | uloya
Rais arah perwakilan luar negara ikuti perkembangan kes Anwar | uloya
Petani gelisah upah tuai naik | uloya
Pelancong China merosot | uloya
Penasihat PKR berkurung di rumah | uloya
Nik Aziz tegur sikap media | uloya
Khalid nafi lantik ahli keluarga Anwar terajui KDEB | uloya
Jawatan Presiden, Timbalan tak perlu dipertanding | uloya
Labels: Berita Semasa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
