Malaysiakini - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan sebuah pemaju untuk mendapatkan pemilikan terus kawasan Kampung Berembang di Ampang.
Oleh itu, satu perbicaraan penuh perlu diadakan, jika pemaju berkenaan masih mahu menuntut pemilikan kawasan tersebut.
Pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd, telah memohon sebagai mewakili rakan usahasamanya, Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB), untuk mendapatkan pemilikan terus tanah terbabit tanpa perlu mendengar perbicaraan penuh.
Menurut peguam penduduk terbabit, Edward Saw, Pesuruhjaya Kehakiman, Mariana Yahya berkata ada isu-isu yang boleh didengar sama ada pihak penduduk dianggap telah mendapat kebenaran kerajaan Selangor untuk tinggal di situ.
Di samping hakmilik tanah tersebut, PNSB juga memohon perintah mahkamah untuk menghalang para defenden daripada mengganggu kerja-kerja yang dijalankan di Kampung Berembang.
Ini - serta perintah mahkamah sebelah pihak yang diperolehi oleh PNSB pada 27 Februari lalu untuk mengosongkan tanah tersebut - diisytiharkan tidak sah dan dibatalkan dengan kos.
Hakim juga mengarahkan PNSB membayar gantirugi dan kos-kos lain yang terbabit akibata kerja-kerja merobohkan rumah penduduk.
Setiausaha Agung penaja Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan (kiri) berkata, keputusan itu diumumkan dalam kamar hakim.
Penduduk Kampung Berembang yang memenuhi dewan mahkamah, dimaklumkan mengenai keputusan itu pada kira-kira jam 11.15 pagi.
Menurutnya, keputusan itu disambut dengan tepukan gemuruh para penduduk, sesetengah daripadanya kini tinggal dalam khemah sementara sejak rumah mereka dirobohkan November tahun lalu.
Bayar gantirugi
Penduduk Kampung Berembang menegaskan bahawa mereka telah tinggal di situ sejak tahun 1960-an dengan kebenaran kerajaan Selangor dan oleh itu, mereka seharusnya dibayar gantirugi jika tanah tersebut diambil balik untuk tujuan pembangunan.
Mereka menyebut penubuhan cawangan Umno Kampung Berembang dan bekalan elektrik, pembinaan surau, dewan serbaguna serta kemudahan lain, bagi menyokong dakwaan mereka bagi mendapatkan bayaran gantirugi.
Pada 17 November tahun lalu - seminggu selepas notis pengusiran diserahkan kepada penduduk - anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), polis anti-rusuhan dan Rela telah bertindak merobohkan beberapa rumah di situ.
Walaupun penduduk membuat rayuan tetapi kerja-kerja perobohan itu dilakukan lagi pada 20 dan 30 November. Pada 7 Mac tahun ini, sebuah pemaju swasta telah merobohkan semua rumah penduduk di situ.
Penduduk juga memfailkan saman terhadap MPAJ kerana mengeluarkan notis pengusiran yang ‘tidak sah’ mengikut Ordinan Darurat (Peraturan Pembersihan Setinggan) 1969.
Berikutan keputusan mahkamah pagi ini, keadaa kembali kepada status awal sebelum kerja-kerja perobohan itu dilakukan.
Oleh itu, dari segi teknikalnya, penduduk dibenarkan pulang semula ke Kampung Berembang.
“Kami harap pemaju tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut dan memanjangkan lagi penderitaan pada penduduknya,” tambah Arutchelvan.
no2umno - nampaknya sudah jelas kerajaan negeri, MPAJ dan pemaju bertindak tidak mengikut undang undang. Sementara Khir Toyo, juga terlibat menganiaya rakyat tanpa belas kasihan. Walaupun beberapa kali usaha dibuat untuk membuat perbincangan, Menteri besar Selangor tidak pernah mengambil peduli. Ini jelas menunjukkan bahawa Khir Toyo lebih memihak kepada pemaju dari rakyat. Sebelum ini terdapat usaha usaha untuk merubah keputusan mahkamah dengan kehilangan file mahkamah. Rujuk: Fail Mahkamah hilang, Kes Kampung Berembang ditangguh lagi dan The ‘missing’ file.
Berikut adalah kata kata beliau di dalam Agendadaily baru baru ini. Bacakan betapa munafiknya pemimpin seperti ini. Berhati hati dengan pemimpin seperti ini. TOLAK BN, TOLAK UMNO !!!
Agendadaily - Dr. Khir juga bercakap panjang tentang stail pentadbirannya khususnya dalam matlamat nak jadikan Selangor setinggan sifar.
Beliau mengakui adakalanya menghadapi dilema dan keadaan yang sebak dalam tindakan nak meroboh dan membersihkan kawasan setinggan.
“Memang ada kisah-kisah sedih seperti melihat ada yang berdegil nak terus tinggal di kawasan itu... duduk dalam khemah dan sebagainya,” katanya.
Katanya, misalnya tindakan meroboh satu kawasan setinggan dekat Ampang tidak lama dulu melibatkan rumah saudaranya sendiri.
“Mereka marah-marah…tapi saya tak ada pilihan. Ini satu tugas yang perlu dilakukan. Lagi pun itu tanah orang. Cuba letakkan diri anda sebagai pemilik tanah itu. Macam di Rimba Jaya juga tanah itu milik syarikat swasta,” katanya.
Katanya, kebiasaanya majoriti setinggan yang terlibat menerima tawaran kerajaan negeri bagi penempatan baru tetapi ada segelintir yang berdegil.
Dec 14, 2007
BEREMBANG: RAKYAT MENANG !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment