dipetik: ringan-ringan.blogspot.
Aku berangan sebentar. Alangkah baiknya jika aku menjadi Pemuda Umno Bahagian Jerai (kawasan tempat mengundi aku). Entah kenapa, aku pun tak tau. Cumanya 2-3 minggu lepas aku secara tiba2 mau masuk politik, dan aktif berpolitik. Politik berpartisan, bukannya di luar parti seperti Encik Hishamuddin Rais tu. Memang orang2 tua di kampong aku sangat2 lah berharap agar pemuda-pemudi harapan bangsa seperti aku ni masuk politik lebih2 lagi Umno. Kata mereka, senang masa depan. Aku menggaru kepala yang tak gatal. Oh, jika Tuhan itu Maha Adil makanya Dia telah menciptakan sebuah parti politik bernama UMNO dan kemudiannya 'menyuruh' manusia berbondong2 masuk meyertainya atas alasan, selamat masa depan!
Malaysia gempar dengan sejumlah 'ekspresionista jalanan' baru2 ini. Sejumlah dua gerakan demo jalanan oleh BERSIH dan HINDRAF hampir menyebabkan ahli2 politik khasnya UMNO dan umumnya, BN tercungap2 di Dewan Parlimen sambil menjelir lidah lagak badut terhadap para pembangkang. Dan para pembangkang pun membalas jeliran dan lelehan air liur busuk para politikus buncit itu seolah2 kedua2 pihak sedang berlakon di atas pentas opera Cina saja lagaknya. Aku meluat. Sebab itu aku tidak mahu menjadi pembaca berita TV seperti Farith Ismet Emir walaupun emak aku sangat2 berharap agar aku menjadi sepertinya (kisah benar!).
Lagi satu! Aku kalau boleh berharap sangat kepada para pembaca blog aku ini agar memberi satu jawapan kepada persoalan penting yang mengganggu benak fikiranku semenjak dua menjak ini. KENAPA AKU MENULIS BLOG?? Boleh saja aku pergi minta kerja di TV3 atau Ntv7, Berita Harian atau Utusan Malaysia, Mastika atau URTV untuk menulis. Dapat gaji lagi! Sebentar, jika ada yang beranggapan untuk mengubah dunia dengan menulis blog, aku rasa buat sementara waktu perlulah bersabar kerana populasi Malaysia sekarang masih lagi di tahap awal untuk menjadi celik IT. Kita masih lagi secara amnya menerimapakai lagi mencerna atau dengan lebih tepat, mempercayai segala apa yang disampai oleh stesen2 TV dan media2 cetak milik penguasa. Internet masih lagi dianggap benda karut. Tak percaya cuba tanya Haji Idris yang selalu lepak kat kedai makan tepi masjid Kg Baru. Perkara ini memang berlaku dan aku pun tak tau kenapa orang tidak percaya kepada internet selain media lain. Padahal, mereka itu pun mengisi borang mencari kerja melalui internet.
Bagi aku tindakan dua2 demonstrasi jalanan tersebut amatlah sesuai dan baik untuk masa depan cucu aku kerana tanpa demonstrasi, manusia di Malaysia sekarang sudah tidak boleh berfikir secara lojik. Tanpa demonstrasi baru2 ini, kelak di masa depan akan muncul satu generasi yang selalu 'makan suap' dan menganggap perkara itu satu amalan mulia lagi dapat pahala. Tanpa demonstrasi baru2 ini, akan tibanya satu generasi nanti yang menganggap kealiman bukan terletak pada tahap kezuhudan seseorang, tetapi tahap mana 'buncitnya' perut2 orang yang mengaku punya agama dan bersyarah perdana. Dan, sememangnya kepalaku semakin gatal baru2 ini. Nasib baik baru beli tonik rambut!
Dec 14, 2007
Kepalaku gatal dalam beberapa minggu lepas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment