Dua hari lepas ......
Agendadaily - Dr. Khir juga bercakap panjang tentang stail pentadbirannya khususnya dalam matlamat nak jadikan Selangor setinggan sifar.
Beliau mengakui adakalanya menghadapi dilema dan keadaan yang sebak dalam tindakan nak meroboh dan membersihkan kawasan setinggan.
“Memang ada kisah-kisah sedih seperti melihat ada yang berdegil nak terus tinggal di kawasan itu... duduk dalam khemah dan sebagainya,” katanya.
Katanya, misalnya tindakan meroboh satu kawasan setinggan dekat Ampang tidak lama dulu melibatkan rumah saudaranya sendiri.
“Mereka marah-marah…tapi saya tak ada pilihan. Ini satu tugas yang perlu dilakukan. Lagi pun itu tanah orang. Cuba letakkan diri anda sebagai pemilik tanah itu. Macam di Rimba Jaya juga tanah itu milik syarikat swasta,” katanya.
Katanya, kebiasaanya majoriti setinggan yang terlibat menerima tawaran kerajaan negeri bagi penempatan baru tetapi ada segelintir yang berdegil. (Rujuk: Mana ada parut dimuka saya .....)
Hah ..... sebelum kenyataan itu dibuat,
SuaraKeadilan - Penduduk Kampung Berembang hari ini kecewa dengan Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam kerana gagal memutuskan status tanah dan keputusan terhadap tuntutan Pemaju Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) dan Perspektif Masa Sdn.Bhd (Perspektif masa) bagi menuntut tanah di Kampung Berembang.Hari ini .......
Menurut Peguam yang mewakili 69 penduduk Kampung berkenaan, Edward Soh, mahkamah mengumumkan keputusan akan dibuat pada 14 Disember depan setelah fail kes mereka telah didapati hilang. (Rujuk: Fail Mahkamah hilang, Kes Kampung Berembang ditangguh lagi ...)
Harakahdaily - Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan pemaju, Perspektif Masa Sdn Bhd untuk mendapatkan pemilikan kekal kawasan kampung itu, bagaimanapun menyatakan satu perbicaraan penuh perlu diadakan, jika pemaju berkenaan masih mahu menuntut pemilikan kawasan tersebut.Kalau aku Khir Toyo ......
PMSB yang memperoleh perintah mahkamah sebelah pihak pada 27 Februari lalu untuk mengosongkan tanah tersebut, diisytiharkan tidak sah dan dibatalkan dengan kos.
Pada masa sama, Pesuruhjaya Kehakiman, Mariana Yahya juga mengarahkan PMSB membayar gantirugi dan kos-kos lain yang terbabit akibat kerja-kerja merobohkan rumah penduduk yang dilakukan bermula 20 November tahun lalu. (Rujuk: Mahkamah putuskan tanah milik penduduk Berembang.. dan Kg Berembang bukan milik pemaju)
"Minta maaf saya ucapkan kepada rakyat negeri Selangor kerana kelulusan yang telah saya berikan untuk merobohkan rumah Setinggan di Kampung Berembang. Ia dilakukan tanpa sebarang siasatan yang terperinci dan menyeluruh, kerana terlalu mempercayai kenyataan dan permohonan syarikat pembangunan tersebut. Maka dengan ini saya nyatakan bahawa berdasarkan kesilapan saya dan kerajaan, saya mengarahkan syarikat yang terbabit wajib membayar KOS KEROSAKAN yang berlaku. Sekiranya, pihak syarikat tersebut tidak mampu, kerajaan dan saya sendiri akan keluarkan belanja gantirugi." kata KHIR TOYO.Begitulah sikap seorang Menteri Besar kalau mempunyai maruah dan harga diri. Jangan terlalu gembira kerana itu tidak akan terjadi kerana saya bukan lah KHIR TOYO. Khir Toyo yang sebenar adalah seorang pemimpin yang kini sombong , ego dan bongkak kerana diterapkan dengan budaya kepemimpinan UMNO. Sebaris dengan barisan kepimpinan UMNO keseluruhannya.
Sambungnya lagi, " Maka dengan ini saya bagi pihak diri dan keluarga saya ingin membuat kenyataan perletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar Selangor dan saya berharap agar pihak berkuasa dan BPR boleh membuat siasatan terhadap saya diri saya. Sebarang siasatan terhadap saya, akan dijamin TELUS. Untuk memastikan ketelusan Pihak BPR, saya meminta agar GERAK turut sama menyertai siasatan tersebut. Sekiranya saya bersalah, saya sanggup menerima hukuman. Saya tidak sanggup menanggung malu dan dosa."
"Selamat mengundi untuk PRU ke12" mengakhiri ucapannya.
0 comments:
Post a Comment