KENAPA UMNO LANCARKAN KEMPEN TANDA TANGAN?
''We expect overwhelming response as a show of support for the cause. I hope Malaysians from all walks of life will sign on to stop negative elements in Malaysia,'' said a member of UMNO, the Malay component of the ruling Barisan Nasional (BN). - Press Trust of India
Radenjowo - Kerajaan Barisan Nasional cuba menggunakan tipu helah untuk menunjukkan yang kononnya majoriti Rakyat malaysia membantah DEMONSTRASI.
Kalau bukan kerana pilihanraya, sudah pasti kerajaan BN dan UMNO akan membiarkan isu ini berlalu begitu sahaja, selepas 5 orang pemimpin HINDRAF di tangkap. Namun, kerana kebimbangan akan sokongan rakyat yang semakin LEMAH, maka UMNO dan BN merancang semua ini untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada mereka.
Kempen TANDA TANGAN ini adalah rangkaian kempen perancangan kerajaan UMNO dan BN selepas usaha penyerahaan MEMORANDUM bantahan dari NGO yang diketuai DAMAI. Tindakan itu kononnya hasil pandangan majoriti rakyat. Tetapi kita semua sudah biasa dengan tindak tanduk pembohongan dan pastinya, samaada dibuat secara paksa atau ugutan. Dan besar kemungkinan ahli NGO NGO yang terbabit tidak ambil tahu pun tentang perkara itu. Rujuk: 'Silent majority' speaks out against protests
Kini KEMPEN TURUN TANDANGAN pula dilakukan. Yang menjadi kemusykilan kita kelak adakah benar atau tidak senarai tandatangan itu? Asli atau palsu?
Seperti yang berlaku pada pilihanraya, jangan pelik sekiranya, pemilik IC sendiri tidak tahu bahawa nama mereka tersenarai. Ini adalah pembohongan murahan yang mampu difikirkan oleh akal cetek pemimpin UMNO.
Selepas kempen itu nanti, akan adanya rasa tidak puas hati rakyat terhadap usaha tersebut kerana ianya meragukan. Namun, UMNO dan BN sudah terlebih awal mengenal pasti langkah seterusnya sebelum ianya terbongkar.
UMNO terpaksa membuat penyerahan memorandum BANTAHAN dan kempen TURUN TANDATANGAN untuk memaksa rakyat BERSETUJU bahawa tindakan ISA dan TANGKAPAN yang dibuat oleh POLIS terhadap pemimpin demonstrasi adalah BETUL dan percayalah bahawa kempen ini dilakukan kerana UMNO tidak mampu mengumpul rakyat kerana rakyat sudah BOSAN pada mereka. Atau mungkin juga UMNO sudah kehabisan wang untuk menyewa bas, memberikan wang poket serta membekalkan nasi bungkus untuk mereka -mereka yang diupah turun itu nanti. UMNO tidak mampu melakukan seperti yang dilakukan oleh HINDRAF dan BERSIH kerana mereka ketika ini terlalu membutuhkan wang tabungan untuk kempen pilihanraya nanti. PRU12 semakin dekat dan ianya memerlukan kos yang besar. Kalau tiada wang, UMNO tidak boleh bernafas.
Ingatkah kita bahawa UMNO sering mencelah di dalam setiap perhimpunan untuk menjadi HERO. Baik Perhimpunan ANTI JUNTA ataupun ANTI ISRAEL. Kalau mereka anjurkan sendiri ....... SUDAH PASTI GAGAL.
0 comments:
Post a Comment