KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 15, 2007

DIHALANG TAPI ....4,000 ORANG HADIR

Lebih 4,000 hadiri ceramah PKR di Jalan Kebun ..

Malaysiakini.com
melalui: harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Dis - Lebih 4,000 orang membanjiri kawasan ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Jalan Kebun di Kampung Jawa, Klang malam kelmarin.

Beberapa orang anggota polis kelihatan berada di i tempat ceramah tersebut yang berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Pada mulanya, ceramah tersebut, yang turut dihadiri oleh Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual diadakan di Dewan Hokkien, di bandar Klang.

Bagaimanapun, kerana tidak mendapat permit, pihak penganjur memutuskan untuk mengubah tempat ceramah ke Jalan Kebun.

Selain Anwar, turut berceramah malam tadi ialah Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim; Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, S Manikavasagam, dan ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Lo'Lo' Ghazali.

Dalam ceramahnya itu, Anwar mendakwa, Barisan Nasional (BN) sedang mengatur strategi Umno untuk memainkan isu perkauman khususnya membabitkan kaum Melayu dan India.

Sehubungan itu, katanya orang muda baik Melayu mahupun India perlu mendokong aspirasi rakyat untuk membina sebuah negara yang aman, maju dan adil untuk semua orang.

"Azizah (Datin Seri Wan Azizah Ismail) mendapat laporan bahawa Umno menyebar risalah supaya jangan percaya Anwar kerana beliau menyokong Hindu.

"Tetapi saya ingin menjelaskan bahawa saya menyokong tuntutan kaum India dalam beberapa segi seperti keperluan sekolah Tamil, ekonomi dan pembinaan kuil.

"Saya tidak menyokong kaum India yang membuat tuntutan ke atas hak-hak orang Melayu," katanya dalam ceramah di Klang malam tadi.

Selesai melalui rundingan

Anwar berkata, masalah kaum di dalam negara ini perlu diselesaikan melalui rundingan dan bukannya dengan memainkan isu perkauman.

Katanya, beliau telah berjaya mendamaikan kaum Melayu dan India ketika mereka bergaduh dalam isu kuil di Kampung Rawa, Pulau Pinang beberapa tahun lalu.

"Saya datang ke kampung tersebut setelah polis menangkap orang Melayu dan India yang bergaduh. Dalam kejadian tersebut, orang Melayu memukul seorang budak lelaki India yang berumur 13 tahun, manakala orang India memukul budak lelaki Melayu yang berumur 14 tahun.

"Saya panggil kedua-dua kumpulan orang Melayu dan India dan tanya mereka apa yang telah berlaku sehingga tercetusnya pergaduhan di antara mereka.

"Insiden tersebut tercetus setelah kuil yang terletak bersebelahan masjid telah dipindahkan sedangkan bunyi loeng kuil tidak menjadi masalah kepada orang Melayu," katanya.

Anwar berkata, beliau sebagai orang Melayu dan orang Islam, merasa malu jika melihat kaum India melarat dan terpinggir.

Katanya, seorang pemimpin yang baik perlu mengambil kira semua kaum dan bukannya kepada kaum tertentu sahaja.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive