KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 15, 2007

Dua Perkataan Bila Diubah Akan Membawa Makna Berbeza



Perkataan Kereta Api bila diterbalikkan akan menjadi Api Kereta.
Maknanya kini sudah tidak samakan?...



Begitu juga antara Beruk Mamat dengan Mamat Beruk.
Beruk Mamat bererti beruk itu kepunyaan Mamat sebaliknya
bila Mamat Beruk membawa erti perangai Mamat seperti beruk.

Dan begitulah halnya juga antara Hadharah Islamiah dengan Islam Hadhari..... Hadhariah Islamiah bererti 'Kemajuan Menurut Islam' manakala Islam Hadhari ialah 'Islam Menurut Kemajuan'. Perkataan yang hampir sama tetapi membawa implikasi yang sangat besar terhadap akidah umat Islam.

Bila Islam menurut kemajuan bererti apa-apa sahaja kemajuan yang ingin dicapai mestilah menuruti kehendak syariat Islam. Kerana tidak semua yang nampak maju itu menurut kehendak Islam. Sebagai contoh bila hendak membuat bangunan dari mana sumbernya. Adakah melibatkan riba? Apakah tujuan bangunan itu dibuat? Adakah untuk tempat perjudian dan sebagainya. Buat bangunan tidak salah tetapi cara dan tujuan mungkin salah.

Berbanding dengan Islam Hadhari bererti 'Islam Menurut Kemajuan' adalah salah sama sekali. Islam 'wajib' dituruti bukan menuruti. Kita boleh melihat hari ini betapa banyak kemaksiatan terjadi di negara kita dalam mengejar apa yang dikatakan kemajuan. Lagipun ia merupakan satu bid'ah dholalah iaitu bid'ah yang tidak baik dan membawa kepada kesesatan yang nyata.

Kenapa? kerana apa yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad telah cukup sempurna dan tidak perlu lagi ada penambahan dan pengurangan.


"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".
Al-Maedah: 3

Sabda Nabi yang bermaksud "Umatku akan berpecah kepada 73 puak. 72 masuk neraka dan 1 masuk syurga. Yang masuk syurga ialah mereka yang mengikut Al-Quran dan sunnahku".

Maka Islam Hadhari termasuk dalam kumpulan yang mana agaknya....

dipetik: MARHAEN
Sumber: http://fikir2renung2.blogspot.com/2007/12/dua-perkataan-bila-diubah-akan-membawa.html

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive