KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 15, 2007

Sayangkan negara dan pengkhianat sebenar

dipetik: klpos

Oleh Fudzail

Dubai Online 2.0 MAKA ISA pun menjadi senjata paling mudah untuk membisukan mereka yang konon-kononnya menjejaskan keamanan negara. Seperti dijangkakan, ISA akan terus hidup untuk 1,000 tahun lagi di Malaysia selagi parti yang memerintah memerlukan suntikan nafas paling mujarab setiap kali dalam kecemasan.

Semua skrip yang biasa didengari setiap kali ISA digunakan juga meriah berkemundang. Justifikasi menggunakan ISA memang mudah dan tidak perlu berhujah secara dialog di mahkamah atau berbahas di Parlimen, semuanya monolog. Ikut Suka Aku.

Begitulah lapuran terkini sebuah akhbar perdana milik UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penahanan lima orang, yang mendalangi perhimpunan haram di ibu negara bulan lepas, mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) berkuatkuasa hari ini dibuat berdasarkan kewajaran menjaga keselamatan negara.

Menjaga keselamatan negara memang tidak mudah kalau tidak mempunyai kemampuan. Apalagi kalau kepopularan yang berkuasa semakin menurun, dengan penyelewengan dan kebobrokan dipelbagai peringkat. Apabila kesedaran rakyat semakin meningkat terhadap hak-hak mereka sebagai rakyat dalam negara demokrasi yang konon-konon mengikut hukum-hakam Hadhari.

Dalam berita lain diakhbar yang sama bertajuk 'Mereka tak sayang negara', PM, "Mereka sebenarnya tidak sayangkan negara, mereka hanya tamak kuasa dan, apa jadi kepada negara, mereka tak kisah," katanya kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada kumpulan Damai Malaysia yang membantah demonstrasi jalanan di negara ini.

Dalam lapuran yang sama,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata golongan yang membuat fitnah terhadap Malaysia di luar negara terdiri daripada mereka yang tidak sayangkan negara ini.
"Rakyat juga marah kepada golongan yang pergi ke luar negeri yang cari sokongan dan membuat cerita serta tuduhan bukan-bukan" .
Walau berita tersebut tidak kena mengena dengan kami yang menjadi ekspatriat, apa yang ingin diulas ialah mengenai 'tidak sayangkan negara'.

Pada hari ini, dulu, kini dan selamanya, majoriti rakyat memang sayangkan negara. Bak lirik lagu patriotik, Malaysia tanah tumpah darahku. Walau berada di perantauan mencari rezeki dan tidak pulang untuk mengundi.

Tetapi sayang kami kepada negara, tidak semestinya sayangkan pemimpin negara atau mereka yang menjadi menteri, termasuk perdana menteri, isteri, anak dan menantu. Tidak juga keluarga dan kroni para menteri dari pelbagai keturunan yang membahagikan kekayaan negara sesama mereka dengan menidakkan hak-hak rakyat yang lain.

Menuduh mereka yang keluar negara untuk memberitahu keadaan sebenar tanahair tumpah darah, terutama kebobrokan pemerintahan bukanlah pengkhianat namanya. Bukan cerita bukan-bukan yang dibawa kerana dalam dunia yang dipenuhi teknologi canggih, apa sahaja maklumat boleh dikesan sama ada benar atau fitnah.

Kalau kita mahu disenaraikan pengkhianat sebenar, kita boleh bermula dari kepimpinan negara sendiri dan kalangan mereka yang menduduki kerusi parlimen atau DUN.

Ramai pemimpin lebih sayangkan kuasa dan harta dari sayangkan negara. Sudahlah mereka mendapat pelbagai keistimewaan sewaktu berkuasa, masih tidak cukup demi survival perut. Mereka sayangkan rakyat selagi memerlukan mereka untuk lima tahun sekali.

Ramai pemimpin superfisial ini bimbang menjadi seorang tua yang sepi di kaki bukit selepas pencen, seperti yang dialami oleh mantan PM yang nampaknya tidak dipedulikan. Walau harta bertimbun, dengan maki hamun dari rakyat terniaya, apakah mereka boleh bahagia dalam sisa-sia kehidupan? Itu belum mengenang nasib di akhirat terutama berdepan dengan keadilan sebenarnya, dan mereka yang mencuri hak rakyat terpaksa meminta halal segala yang dibaham semasa berkuasa dari jutaan rakyat!

Contoh terbaru, Dewan rakyat meluluskan dengan sebulat suara untuk meminda umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun sekarang kepada 66 tahun.

Apakah signifikannya kepada negara dan rakyat dengan pindaan ini?

Mereka yang sudah berusia lebih 65 tahun dengan kredibiliti dan rekod perkhidmatan yang cukup teruk mahu dilanjutkan dengan membazirkan ruang parlimen serta dibentangkan sendiri oleh PM. Perlukah kita dengan mereka yang boleh dianggap pelawak yang tidak kelakar ini?

Malah beberapa jawatan penting juga diisi oleh mereka yang sudah sepatutnya pencen. Tentu ada strategi untuk melanjutkan khidmat orang-orang tertentu. Sudah pasti strategi yang memihak kepada mereka yang berkuasa untuk mempertahankan kekuasaan.

Begitu juga skandal hakim dalam video Lingam yang mana Suruhanjaya Diraja dianggotai oleh beberapa orang yang sudah hilang kredibiliti.

Itu belum disebut kes pendakwaan di mahkamah seperti pembunuhan Altantuya yang nampaknya mengikut skrip yang sudah tersedia. Begitu juga dengan kes penyelewengan Perwaja dengan bintang utamanya, Eric Chia.

Bagaimana dengan skandal ECM Libra? Monsoon Cup? Lapuran Audit Negara? Skandal membekal centrifuge? Skandal Minyak Iraq?

Terlalu banyak yang boleh disenaraikan walaupun untuk sekadar tempoh 4 tahun lalu.

Apakah segala tindakan bertaraf nasional ini bererti mereka yang berkuasa sayangkan negara? Tidakkah mereka yang menulis skrip dan pelaku kesemua siri kebobrokan 'Malaysia Boleh' terbitan Islam hadhari ini boleh diklasifikasikan sebagai PENGKHIANAT?

(Fudzail adalah ekspatriat Malaysia yang bermastautin di Dubai sejak tahun 2000. Berkelulusan sains komputer dari New Zealand. Pernah terlibat dalam pembangunan Dubai Internet City, Palm Jumeirah dan 15 projek mega lain. Kini menguruskan projek pembinaan prasana dan utiliti di Palm Jabel Ali. Beliau boleh dihubungi melalui fudzail@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it serta kerjadubai.blogspot.com)

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive