KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 15, 2007

KENYATAAN KHIR TENTANG RIMBA JAYA

Rujukan: KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama)
Berikut transkrip penuh wawancara itu:

Menurut Khir: Masalah di Kg Rimba Jaya pula, ramai yang salah faham mengenai tindakan merobohkan kuil di kawasan itu yang dikatakan dilakukan sebelum Deepavali. Sebenarnya kita telah menghentikan perobohan kuil itu sebelum Deepavali lagi dan hanya diteruskan selepas lima hingga enam hari perayaan itu, iaitu pada 15 November 2007.

Isu kuil ini ramai tidak faham, saya ingin menjelaskan bahawa tanah ini merupakan tanah milik swasta, yang dimiliki rakan kita dari kaum Cina, Syarikat Ho Hah Development Sdn Bhd pada 1977.

Pada 1988, Ho Hah mendapat keputusan mahkamah untuk mengeluarkan setinggan di kawasan ini, termasuk kuil dan bangunan yang lain tanpa sebarang pampasan.

Pada 2003, syarikat ini disenarai hitam (kerana bankrap) dan kita cuba selesaikan masalah kerana sebahagian besar setinggan kerap bertanya kepada kerajaan apa akan jadi pada mereka. Masalahnya tanah ini bukan tanah kerajaan, sebaliknya tanah persendirian, maka adalah tidak munasabah jika kerajaan memberikan tanah tersebut kepada mereka dan syarikat itu pula telah dimasuk dalam senarai hitam. Maka kerajaan negeri berbincang dengan beberapa syarikat termasuk PKNS, maka syarikat yang berjaya ialah Kem Rimba Jaya yang menawarkan untuk membeli tanah RM2.5 juta.

Tetapi kerajaan negeri juga mensyaratkan jika mahu membeli kawasan tersebut, perlu menyediakan kawasan rumah untuk setinggan yang tinggal di situ, tapak untuk rumah ibadah, dan dua lagi tadika, iaitu tadika KEMAS dan tadika untuk masyarakat India.

Mereka juga diwajibkan untuk menyediakan sebuah dewan tempat perhimpunan orang ramai. Syarikat itu bersetuju untuk menyediakan semua keperluan kerana kerajaan negeri amat prihatin dengan mereka yang tinggal di setinggan sebab itu walaupun kerajaan Persekutuan menetapkan bayaran bagi rumah kos rendah RM45,000, kerajaan negeri menurunkannya lagi kepada RM35,000 dan duit perpindahan bayaran sewa untuk dua tahun dan sebagainya.

Apabila syarikat setuju dan kita tawarkannya kepada setinggan, ada 1,220 keluarga setinggan yang tinggal di situ, dan ada sebuah surau dan sebuah kuil besar serta dua buah kuil kecil.

Apabila telah setuju, kira-kira 800 daripada 1,000 lebih keluarga itu setuju untuk terima, dan mereka ini berpindah ke kawasan perumahan milik kerajaan, rumah pangsa Seksyen 26, Kampung Baru Hicom.

Maka mereka tinggal dan sewa terpaksa dibayar oleh syarikat (Kem Rimba Jaya) dan oleh kerajaan negeri. Apabila hendak ambil tindakan pada 2003, kita tidak boleh ambil tindakan kerana mereka ambil tindakan mahkamah, jadi kita tunggu sampai 2005 pun tak boleh lagi. Jadi sewa ini terpaksa dibayar oleh kerajaan dan pihak syarikat.

Kemudian pada tahun 2007, kita bawa kes ini kepada Mahkamah Rayuan, dan hakim secara consensus menolak keputusan hakim mahkamah sebelumnya. Dan kita mengambil tindakan sewajarnya dengan berbincang dengan pemilik kuil.

No2umnO - Kita diajar untuk bertindak adil. Pemimpin mahupun rakyat. Kalau pemimpin memberikan pelbagai alasan mereka, kita tidak perlu percaya 100%. Kita sudah tahu hakikat bahawa media adalah milik mereka. Mungkin ada rakyat yang terus mempercayai apa kata pemimpin, itu tidak mustahil. Tetapi keterangannya tidak disertakan sebarang bukti dan fakta.

Kalau bijak sangat pun KHir Toyo di dalam segi menghafal, bukti adalah penting untuk ditunjukkan kepada rakyat. Rancangan yang disiarkan tersebut, lebih kepada sessi penerangan sebelah pihak. Kita tidak dengar apa kata mangsa di Rimba Jaya. Apa yang kita tahu adalah apa yang Khir Toyo katakan. Mungkin ada betul dan mungkin tidak. Kita tidak boleh membuat sebarang keputusan.

Kita sering kata pemimpin tidak adil. Tetapi sedar kah kita bahawa mempercayai hanya satu pihak menyebabkan kita tergolong kepada golongan mereka juga. Kalau kita mahu menjadi lebih adil di dalam memerikan pendapat, kita perlu sedikit rajin untuk mencari keterangan dari pihak lain. Memberikan kepercayaan kepada apa yang diterangkan oleh Khir Toyo menjadikan kita bodoh di dalam membuat pertimbangan.

Berpendapat biar lah berfakta. Agar kenyataan tidak disanggah.



Berpendapat biar lah berfakta. Agar kenyataan tidak disanggah.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive